Monday, September 24, 2012

Baju Oh Baju

Aku ada masalah yang boleh dikatakan besar la jugak, iaitu baju. Baju oh baju kat mana lagi aku nak simpan baju yang dah tak pakai ni? Bukannya belagak taknak pakai baju lama tapi dah terlalu lama. Baju tingkatan 5 pun masih ada lagi. Baju-baju tu pun masih elok lagi, cuma aku je yang dah tak lalu nak pakai, dah lama sangat.


Baju-baju yang dah dipilih untuk disimpan. Ada baju kurung, kurung pahang dan kebaya tapi semuanya hanyalah sais S dan M sahaja.Tapi aku suka pakai baju yang longgar dan lebih besar, mungkin orang yang bersaiz L pun boleh pakai kot.
Jalan penyelesaian untuk sementara, aku lipat dan simpan dalam beg elok-elok. Kalau ada sesiapa yang nak nanti aku sedekah jelah. Agak-agak kalau bagi kat bandel diaorang nak tak? Bukan nak jual tapi nak bagi je... huhuhu... boleh ker camtu?


Kat mana la agaknya aku nak campak baju-baju ni yer? Niat hati nak dermakan kat rumah anak-anak yatim tapi tak tahu kat mana? Kalau nak di bakar tak sampai hati la pulak, huhuhu.... macam mana nie???