Monday, August 1, 2011

Koleksi Novel Terbaru 'Bisik-bisik GELORA'

Dah lama tak layan novel cintan cinton nie... Bila tengok tajuk & nama penulisnya, terus rasa terpikat nak baca novel nie. Fauziah Ashari novelnya 'Bisik-bisik GELORA' memang tidak menghampakan, aku sangat berpuas hati baca novel nie. Siap tangkap leleh lagi huhuhu... sedih ceritanya. Novel ni takde la sehebat novel ombak rindu tapi tetap menarik kerana jalan ceritanya menyentuh hati sesiapa yang membacanya. Bagi peminat-peminat novel, cubalah baku novel nie yer... cinta, dendam, ego, kasih sayang, dan macam-macam lagi semua dalam 1 novel. Pasti korang puas hati. Selamat membaca....

Sinopsis : rujuk www.bukuprima.com.my

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun am...at nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun am...at nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?