Sunday, February 26, 2012

Birthday Fatin Ke3


28hb ni besday fatin yang ke 3. Memandangkan besday fatin jatuh pada hari selasa jd tahun ni sambut awal 3 hari dari tarikh sebenar. Kali ni sambut kat kg sama-sama dengan embah lanang, embah wedok, paksu, pakcik fahmi & cik zila je, papa fatin xde kena kerja. Insya'allah selasa 28hb fatin akan sambut besday bersama dengan kawan-kawan di taska & kek angry bird yg mama dah tempah.

Macam biasalah tiap tahun besday pasti ada hadiah dari embah. Tahun lepas dapat kereta mainan. Tahun ni embah bagi duit suruh belikan baju. Fatin ni dah byk sgt baju warna merah so kali ni warna biru la pulak. Amacam ok tak??

Kali ini belikan kek blueberry, letakkan 2 ekor angry bird untuk tarik perhatian fatin, klu kosong dia tak minat pulak. Sampai rumah je tak menyempat-yempat la nak potong kek. Bukan apa cuma nak kan buah strawberry & angry bird je, kek nye tak makan sangat pun. Untuk memeriahkan lagi suasana sambutan hari lahir nur fatin alisya, paksu dikerah untuk membeli sate. Sate daging, ayam & perut 20 cucuk setiap jenis, jadi semuanya 60 cucuk. Sekali pandang macam banyak sangat 2 kali pandang dah tinggal 10 cucuk je. Ish...ish... laku sungguh. Bihun sup pun ada jugak. Sikit-sikit pun penuh la jugak meja makan tu. Walaupun sambutannya ringkas tapi tetap meriah, bukan apa saje nak bagi fatin seronok..

Wednesday, February 22, 2012

Kerja...kerja...kerja...

Berkerja di unit akaun berbeza daripada berada di unit payment. Sekarang berkerja dengan kertas. Kalau dulu kena berurusan dengan orang tapi sekarang tak payah lagi. Kerja pertama semak hutang cafe. Haa... yg tanda merah tu bukan cafe yang berhutang tp nak kena bayar balik pada cafe, aaiii terbalik pulak. Khihihi... biasa la kan.

Ini kerja untuk menyediakan laporan bagi JKPA - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun kali ke-21 pada 16 Februari 2012. Sebelum ni cuma tengok kak sha unit akaun amanah je yg buat tp sekarang aku buat sendiri. Seronok jugak sesekali buat kerja lain dari yang lain.


Ini kerja untuk filing unit akaun. Banyak o0o0o0o0o0o.... letih nie... Dari atas meja, bawah meja, depan, belakang semua fail. Langkah pertama tutup semua fail & buka fail baru dengan no rujukan baru, gilelah....

Talapia Goreng & Bebola Daging Black Pepper


Apa nak masak hari ni ye..?
Soalan biasa setiap hari bermain di kepala. Buka peti ais ada ikan, bebola daging & sikit sayur. Dengan semua bahan ni aku jadikan 2 jenis lauk. Jeng...jeng...jeng... hehe, masak campak-campak jelah janji ada lauk untuk malam ni.
Ikan talapia ni adik aku yang jala, mak abah aku dah bosan makan ikan ni, tp sesekali peneka best jugak. Goreng garing-garing cicah sambal pun sedap @ buat sambal cili api pun best jugak. Disebabkan tak berapa rajin aku goreng je ikan talapia ni, lagi pun dah malam malas nak fikir resepi lain, buat cara yg mudah je. Mudah di masak & mudah dimakan, khihihi...
Bebola daging ni asalnya nak buat bakso lasnya jadi masak black pepper pulak. Letak halia & black pepper bebanyak, mmmm... sedap. Bagus untuk buang angin.
Ok, mari menjamu selera...


Talapia Goreng

Bebola Daging Black Pepper

Sunday, February 5, 2012

Anak sedara Pertama

Nur Lily Liana



Buat pertama kali nya aku ada anak sedara sendiri, seronok sgt. Sebelum ni hanya menumpang kasih pada anak sedara suami dan anak sedara sepupu tp sekarang dah ada anak sedara sendiri, lain la sikit rasanya.
Nur Lily Liyana nama diberi lahir pada 30 Disember 2011. Lagi 2 hari dik oit nak sambut tahun baru 2012, hehe... Nampaknya Fudho'il ada kawan sebaya dengan dia selain dari Eshan. Lily dengan Fudho'ii beza 6 bulan & dengan Eshan beza 8 bulan. Sorang puteri dan 2 orang putera. 'Selamat datang ke keluarga "ARDANI" pasti best...