Musim durian tiba lagi, jom kawan-kawan kita seranggg... Tahun ni durian memang menjadi, banyak sangat sampai tak termakan. Sedara mara pun ada yang dah datang makan. Tapi durian masih jugak banyak so apa lagi kita angkut la kawan-kawan datang makan ramai-ramai.
Cuti awal muharram kami beramai-ramai balik kampung makan durian. 14hb november 2012, lepas mahrib bersiap sedia bergerak menuju ke kampung Chenderong Balai. Mula bertolak 8:30pm dan sampai pada pukul 10++. Sesampai je diaorang terus serang durian, pehhh hebatlah. Tapi aku dah serik makan durian sebab baru lepas baik demam, selsema & batuk (durian punya penangan laa...) Esoknya sambung makan durian lagi siap pergi kebun kutip durian. Nak jadi rezeki kawan-kawan tetiba ada pulak jiran bagi manggis 1 besen, memang bestlahh...
Ok dah penat melantak durian kita pergi jejalan cari makan pulak yer sesambil tengok bandar teluk intan. Kalau tak teluk intan ni makanan yang popular 'Mee Mastan Ghani' dan tempat yang menarik 'Menara Condong'. So bawalah diaorang pergi naik menara, bergambar-gambar kenangan kemudian balik la rumah. Pekena air kelapa segelas dua dan berangkat balik tanjung malim. Penatnyeee.... tapi besttt....
Seronok dapat melayan kawan-kawan. Terima kasih kerana sudi singgah ke "teratak embah" dan sudi makan durian yang melambak-lambak tu. Kalau korang semua tak habiskan dah tentu-tentu durian tu semua bertukar jadi tempoyak, kuang..kuang..kuang... Kalau ada kekurang di atas layanan harap di maafkan.
Terima kasih kepada farah, juma, mas, nazirah, sham dan amy. Jom layan gambar-gambar sepanjang percutian, boleh tengok dekat facebook cik NOR FARA SURIA atau KLIK SINI yer... semoga terhibur, pisss...