Wednesday, August 14, 2013

Raya Aidilfitri 2013


Raya datang lagi... alhamdulillah tahun 2013 ni kami dapat berhimpun sekali lagi. Kali ni keluarga ardani tak seramai tahun 2011 tapi meriahnya tetap sama. Tahun ni kami memilih tema kelabu. Nak tahu kenapa kelabu? Sebab saiz fudho'il sangat susah nak cari, so kita cari baju dia dulu.
Tahun ni kami tak ambik cuti panjang sebab banyak nak pakai cuti lagi lepas ni. Kenduri adik amar dan kenduri sepupu yang akan berkahwin dalam tahun ni. Dalam tahun ni embah akan menerima cucu menantu 3 orang sekali. Bertambah-tambah besarlah keluarga ardani nie, alhamdulillah...
Jem tahun ni sangat teruk, tak pernah la tempoh jem sampai camni sekali. Sepanjang hari raya asyik jem je. Macam biasalah petang raya pertama aku akan bergerak balik ke rumah mentua di sungai petani. Biasanya petang raya pertama jalan lenggang je tapi kali ni raya pertama jalan penuh sesak. 



Tahun ni keluarga shahbodin semua ada termasuk abang helmi, cukup korum. Macam biasalah setiap tahun fatin akan buat perangai, asyik nak nangis je. Malam raya tidur lambat pastu pagi raya kena bangun awal pastu mengantuk zZzZzZzZ... Gambar di atas sebagai bukti, hehe... teruk betul anak dara aku yang sorang nie...
Nampaknya 2 tahun lagi baru dapat berkumpul macam ni lagi, tahun 2015. Semoga kami semua dipanjangkan umur, aminnn.....

'SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN'





Wednesday, May 29, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia


Terjebak dengan drama baru pulak sekarang nie... 'Sebenarnya saya isteri dia' pernah tertengok episod 1 tapi takde lah rasa tertarik nak tengok ke apa. Sebab aku tak berapa minat pelakon-pelakonnya. Nak kata tak suka tu, idak la pulak tapi kureng la sikit...
Bila tengok kawan-kawan opis dok layan cerita ni, lama-lama terpengaruh la jugak. Mula la aku gatal mata layan cerita ni kan? http://www.tonton.com.my/.  Ambik kau nyah... aku pulak yang terlebih suka berbanding kawan-kawan lain. Terjatuh hati terus, terus download cerita, terus baca novel online http://www.penulisan2u.my/tag/sebenarnya-saya-isteri-dia/, terus mendengar lagu 'kita- forteen' yang pada asalnya tak suka kumpulan forteen ni sebab diaorang ni jambu sangat, haha...
Kena cari jugak novel nie, tak kira nak jugak, hehe... Jangan tak tahu esoknya terus beli novel, 1 hari 1 malam habis baca novel setebal 897 muka surat. Satu kerja pun tak jalan, dok melayan novel je. Angau tahap gaban nie...
Serius memang best la novel ni, best sangat... Macam biasalah kalau bandingkan novel dengan drama, pasti novel lebih menarik, itu pendapat aku la tak tahu la pandangan orang lain cam mana kan? Apa-apa pun tahniahlah kepada penulis Zura Asyfar http://mydarwisyashome.blogspot.com/.
Tiap-tiap hari aku layan cerita ni, berulang-ulang aku tengok. Hebatlah Tiz zaqyah & Izzue Islam berlakon, terkesan tuuu... Tak sabar nak tunggu episod-episod akan datang (bersabarlah wahai hati...)

Sinopsis SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA: http://www.karyaseni.my

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
OST Sebenarnya Saya Isteri Dia

Kita - Forteen

Kau renunglah wajahmu
Dimanakah hilangnya raut seperti dulu bila dicemar air mata
Ku tak mahu berpisah kerana hati masih sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur

Korus
Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekatkan pun tetapi berjauh hati

Manakah kita bila sering bertentangan
sahaja walaupun bibir cuba menyepi
Hakikat percaya tanya dengan jujur
Manakah kita

Dijiwaku sengsara menanggung derita
kerana cinta berubah tapi tak akan kehilanganmu


Monday, April 22, 2013

Jatuh Hati 'A Gentleman's Dignity'



Dah lama tak jatuh hati. Inilah padahnya kalau dah tertengok, tersuka dan terjatuh cinta dengan... drama korea, kehkehkeh..... Zaman bujang dulu rajin la dok melayan cerita-cerita korea ni. Jom kekawan kita layan cerita ni http://www.dramacrazy.net/korean-drama/a-gentlemans-dignity/






Saturday, April 13, 2013

Masak Lemak Ikan Keli Ala Jawa (Getik Ewak Lele)


Apakah ini? Biasanya anak jawa pasti kenal apakah ini. 'Ceko' (kencur - dalam bahasa jawa) Dalam masakan jawa selalu menggunakan ceko. Antaranya pecal dan masak lemak. 



Jom kita cuba resepi ni. Bahan-bahannya, bawang merah, bawang merah, cili api, ceko dan garam di tumbuk kasar. Sediakan santan pekat. Ikan keli hendaklah digoreng atau dibakar terlebih dahulu. Masukan bahan-bahan yang yang telah di tumbuk bersama santan. Masak hingga mendidih baru masukkan ikan keli goreng. Pastikan santan di kacau selalu supaya santannya tidak berketul. Untuk menambahkan kesedapan boleh masukkan daun ceko yang dipotong halus @ kasar, ikut selera masing-masing yer... masukkan je dalam masakkan tadi.
Ada sesetengah orang lebih suka menggunakan santan mentah. Hanya perah santan menggunakan air masak. Tapi aku kurang arif cara itu, mungkin ada sesiapa yang boleh share.

Inilah hasilnya 'Getik Ewak Lele'

Wednesday, April 3, 2013

Tumis Betik


Hujung minggu ni balik kampung, rehatkan diri. Kalau duduk kat kampung senang nak cari makan. Sayur-sayuran boleh tanam keliling rumah je. Agak-agak poket dah kering boleh la jalan-jalan cari lauk keliling rumah, macam-macam ada pucuk ubi ada keladi ada jantung pisang ada cili api ada dll. Kalau duduk kat bandar memang tak dapek lah nak nolong nya... Semua guna duit. Hari ni nak masak tumis betik. Pernah cuba?? Jom try...
Buah betik muda. Kupas kulit dan potong ikut suka hati. Kalau potong besar-besar lambatlah empuk nya, jadi potonglah kecil-kecil tapi janganlah terlalu kecil sedang-sedang je yer..


Bawang merah, bawang putih, cili api, belacan, ikan bilis & garam(tumbuk) Kalau malas nak tumbuk belande pun ok jugak, tapi kalau tumbuk lebih terasa kesedapan nya, hehe...


Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk kemudian masukkan betik yang telah di potong. Masak sehingga empuk dan sedia untuk di hidangkan. 

Ummmpp... fatin dah tak sabar nak makan...

Monday, January 14, 2013

Marie Chesee

Jom kita buat marie chesee. Baru nak belajar dan alhamdulillah menjadi jugak. Lepas ni boleh buat lagi, lagi dan lagi. Resepi pun aku cari dalam internet. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi resepi dan kali ni aku pulak nak berkongsi resepi. Cuba jangan tak cuba, senang sangat dan sedap.
Bahan-bahannya, biskut meria 10 - 20 keping, chesee philadelphia 125g, gula caster 1/2 cawan, susu segar 200ml - 240ml (ikut selera, kalau nak cair masukkan lebih) serbuk koko untuk ditaburkan pada marie chesee.

 Sebatikan chesee, gula caster dan susu segar.
 Sediakan bekas untuk satukan bahan adunan bersama dengan biskut marie. 
 Masukkan bahan secara berselang-seli antara adunan dan biskut.
 Kemudia taburkan serbuk koko.
Juga boleh taburkan serbuk biskut mari. Kemudian masukkan dalam peti ais.

Friday, January 11, 2013

Ragam Fudhoil


Muhammad Fudho'il menangis sorang-sorang. Ingatkan kenapa la budak nie menangis rupanya nak masuk kan hp dalam beg tapi tak boleh. Yang si kakak fatin dok gelak kan dia, apa lagi bertambah panas la kawan tu. Kalau orang utara kata perangai macam tu di panggil 'bebai'.
Yang bestnya walau pun tak boleh masih terus mencuba tapi tetap tak boleh-boleh... Siap nangis guling-guling lagi. Lepas tu bangun & cuba lagi. Aduhai anak mama yang jantan ni, macam-macam perangai daa...

Sunday, January 6, 2013

Umpok Sardin

Haaa... pernah dengar resepi ni tak? Masak UMPOK, resepi orang jawa tau. Tetiba rasa teringin sangat nak makan masak umpok tapi takde ikan, yang ada cuba sardin dalam tin je. Masak umpok lebih kurang macam asam pedas jugak cuma bezanya tak perlu guna bunga kantan dan daun kesum. Sebaliknya umpok menggunakan serai dan daun kunyit. jom kita cuba resepi masak 'umpok sardin tin' hehe...

10 biji cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 asam keping
1/2 inci belacan
Garam 
Gula
6-7 biji kacang bendi
3 cawan air

Bahan-bahan yang telah disediakan. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih dan belacan.

Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama dengan 3 cawan air, serai yang telah diketuk dan juga daun kunyit. Tidak lupa garam dan gula secukup rasa.

Setelah mendidih masukkan bendi dan sardin tin bersama dengan asam keping. Biarkan mendidih dan pastikan kacang bendi telah empok sebelum api ditutup.

Siap untuk dihidangkan 'umpok sardin'