Terjebak dengan drama baru pulak sekarang nie... 'Sebenarnya saya isteri dia' pernah tertengok episod 1 tapi takde lah rasa tertarik nak tengok ke apa. Sebab aku tak berapa minat pelakon-pelakonnya. Nak kata tak suka tu, idak la pulak tapi kureng la sikit...
Bila tengok kawan-kawan opis dok layan cerita ni, lama-lama terpengaruh la jugak. Mula la aku gatal mata layan cerita ni kan? http://www.tonton.com.my/. Ambik kau nyah... aku pulak yang terlebih suka berbanding kawan-kawan lain. Terjatuh hati terus, terus download cerita, terus baca novel online http://www.penulisan2u.my/tag/sebenarnya-saya-isteri-dia/, terus mendengar lagu 'kita- forteen' yang pada asalnya tak suka kumpulan forteen ni sebab diaorang ni jambu sangat, haha...
Kena cari jugak novel nie, tak kira nak jugak, hehe... Jangan tak tahu esoknya terus beli novel, 1 hari 1 malam habis baca novel setebal 897 muka surat. Satu kerja pun tak jalan, dok melayan novel je. Angau tahap gaban nie...
Kena cari jugak novel nie, tak kira nak jugak, hehe... Jangan tak tahu esoknya terus beli novel, 1 hari 1 malam habis baca novel setebal 897 muka surat. Satu kerja pun tak jalan, dok melayan novel je. Angau tahap gaban nie...
Serius memang best la novel ni, best sangat... Macam biasalah kalau bandingkan novel dengan drama, pasti novel lebih menarik, itu pendapat aku la tak tahu la pandangan orang lain cam mana kan? Apa-apa pun tahniahlah kepada penulis Zura Asyfar http://mydarwisyashome.blogspot.com/.
Tiap-tiap hari aku layan cerita ni, berulang-ulang aku tengok. Hebatlah Tiz zaqyah & Izzue Islam berlakon, terkesan tuuu... Tak sabar nak tunggu episod-episod akan datang (bersabarlah wahai hati...)
Tiap-tiap hari aku layan cerita ni, berulang-ulang aku tengok. Hebatlah Tiz zaqyah & Izzue Islam berlakon, terkesan tuuu... Tak sabar nak tunggu episod-episod akan datang (bersabarlah wahai hati...)
Sinopsis SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA: http://www.karyaseni.my
Cinta
pertama tidak
semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama.
Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah
dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila
Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam
yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu
Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan
reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia.
Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin
Farizah.
"Aku
buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan
maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya,
aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan
aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah
perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira.
Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan
mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan
lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit
dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.Semuanya mula sedikit demi
sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk
mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula
menyayangi isterinya itu.
"Kenapa
pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak
pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk
hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye
ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta
mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik
tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina.
Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar.
Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di
dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali
kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa
nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul
ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak.
Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan
kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan
apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
OST Sebenarnya Saya Isteri Dia
Kita - Forteen
Kau
renunglah wajahmu
Dimanakah hilangnya raut seperti dulu bila dicemar air mata
Ku tak mahu berpisah kerana hati masih sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur
Korus
Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekatkan pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan
sahaja walaupun bibir cuba menyepi
Hakikat percaya tanya dengan jujur
Manakah kita
Dijiwaku sengsara menanggung derita
kerana cinta berubah tapi tak akan kehilanganmu
Dimanakah hilangnya raut seperti dulu bila dicemar air mata
Ku tak mahu berpisah kerana hati masih sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur
Korus
Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekatkan pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan
sahaja walaupun bibir cuba menyepi
Hakikat percaya tanya dengan jujur
Manakah kita
Dijiwaku sengsara menanggung derita
kerana cinta berubah tapi tak akan kehilanganmu