Friday, April 29, 2011

Puding Jagung


29/4/2011 (jumaat) potluck jabatan bendahari, aku bawa puding jagung, alhamdulillah habis di makan & di tapau, hehehe.... aku nk kongsi resepi, sesape yg sudi bolehlah mencubanye...
1 tin jagung manis
1 bungkus tepung kastad
1 tin gula
5 tin santan
1 sudu teh garam
masak 4 tin santan bersama dengan gula & garam sehingga larut. gaul tepung kastad bersama dengan jagung manis & 1 tin santan hingga rata (di dalam bekas lain). kemudian barulah masukkan ke dalam santan yg telah dimasak tadi. kacau sehingga pekat & berkilat. masukkan ke dalam acuan, sejukkan & sedia untuk dihidang...

selamat mencuba...

Wednesday, April 20, 2011

Novel


19/4/2011 selasa... akhirnya aku berjaya menghabiskan buku 9 Nyawa nie. kalau tak silap 3 bulan aku ambil masa untuk habiskan baca buku nie, hehehe... lama gila. Jalan cerita yang sangat menarik, di akhir cerita barulah terungkai semuanya & barulah aku faham. Ingat nk baca langkah2 muka surat je tp x boleh, nnt aku tak paham ape ceritanye... Aku sangat2 berpuas hati baca buku nie, sesiapa yang belum baca tu eloklah baca kerana korang akan dapat kepuasannya.

Sinopsis (rujuk : www.alaf21.com.my)
INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mem punyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.
HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Sekarang aku mula membaca Rayyan Fantasi... tak tahu la bila nk khatam...


Monday, April 18, 2011

Program Realiti



Sekarang tengah musim realiti TV, bln ni je ada 2 rancangan kegemaran MAHARAJA LAWAK & AKADEMI FANTASIA... dua-dua nya pun best. tp kalau korang tanya mana yg paling best, pasti jawapan nye maharaja lawak sampaikan aku sanggup ambik pakej MUSTIKA semata-mata nk tgk maharaja lawak. tiap kali ada ulangan pasti aku akan tgk, hehehe.... AF9 aku dh x berapa layan sgt, bosan la... sbb dh boleh baca apa trip diaorg. 

Dalam MRL aku suka jozan, nabil, sepah, alex & jambu. paling x suka amir, tp dh 3 minggu amir terselamat, ish...ish...ish geram betul la.  apa-apa pun selamat menonton...

Tuesday, April 12, 2011

Doa Pilihan Insan Cemerlang

Assalamualaikum...
8hb April DATO’ FADZILAH KAMSAH datang memberi ceramah di upsi bertajuk 'akukah punca masalah di pejabat?'.

ceramahnya memang bes. mula2 aku cadang nk dengar sampai pukul 4pm je, pastu ganjak lak ke pukul 4.30pm, lasnye sampai kul 5.15pm baru aku balik. dengar sampai habis... sangat berpuas hati...

yang besnye dia ijazahkan doa untuk semua yang datang, bukan senang nk dapat doa yang di ijazahkan nie... tak sia-sia aku tunggu sampai habis. 

aku sini aku nk kongsi bersama-sama dengan sesiapa saje yg membaca blog nie... awalkan doa-doa sangat bagus untuk diamalkan.