19/4/2011 selasa... akhirnya aku berjaya menghabiskan buku 9 Nyawa nie. kalau tak silap 3 bulan aku ambil masa untuk habiskan baca buku nie, hehehe... lama gila. Jalan cerita yang sangat menarik, di akhir cerita barulah terungkai semuanya & barulah aku faham. Ingat nk baca langkah2 muka surat je tp x boleh, nnt aku tak paham ape ceritanye... Aku sangat2 berpuas hati baca buku nie, sesiapa yang belum baca tu eloklah baca kerana korang akan dapat kepuasannya.
Sinopsis (rujuk : www.alaf21.com.my)
INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mem punyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.
HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?
Sekarang aku mula membaca Rayyan Fantasi... tak tahu la bila nk khatam...
No comments:
Post a Comment