5am khamis 9hb Jun aku rasa sakit sgt kat perut, ingat kan sbb salah makan so buat x layan jelah, pukul 630am nak mandi pergi kerja, aku tgk ada darah, apa lagi mula la rasa cuak, cecepat aku tengok buku merah, nk tengok skrg dh berapa minggu. Baru masuk 34 minggu rupanya. Setahu aku 36 baru boleh bersalin @ pun masa kandungan aku berumur 7 bulan (28 minggu).
Apa lagi aku pun terus kejut suami, bersiap-siap, mandi, kemas-kemas kain baju, hantar fatin gi taska & terus pergi hospital slim river. Lebih kurang pukul 9am aku sampai, daftar diri salin baju untuk masuk wad. Bila dah ada kat hospital tu macam-macam la diaorg cek, itu la yang paling aku malas sekali...
Bila dah tengah hari aku rasa sakit makin kurang & darah pun dh x keluar lagi... Disebabkan itu aku diberi 2 suntikan untuk mematangkan paru-paru baby, bimbang tetiba aku terbesalin. Aku di tempatkan di labor room tempat org bersalin. Tapi time aku kat labor room aku tengok senang sgt diaorg semua bersalin. Aku harap nasib aku nnt pn camtu jugak, tak perlu nak tunggu lama2 untuk bersalin.
2 mlm aku terpaksa menginap di hospital untuk pemantauan. Setiap 4 jam skali tekanan darah & gerak baby akan diambil, walaupun aku tgh tido. Duduk kat hospital sgt membosankan, nasib baik la 2 mlm je, rindu sgt2 kat fatin, sedih x boleh nak tido sbb selalu peluk sebelum dia tido...
28hb Jun, 2 minggu lagi kena pegi cek, harap2 semua ok. Semoga ALLAH permudahkan untuk aku bersalin normal. Aminnn...
No comments:
Post a Comment