Tuesday, January 31, 2012

Bila Dia Menangis...

BILA FATIN MENANGIS
Bila tengok gambar ni tetiba datang idea nak masukkan dalam blog. Kenapa kanak-kanak suka menangis?
Sejak ada adik ni fatin sangat sensitif, suka menangis je, huhuhu... hobi kot, khihihi... pantang salah sikit mesti nak nangis. Mungkin cemburu @ nak kan perhatian dari mama & papa nya. Aku saja ambik gambar ni buat kenang-kenangan supaya fatin boleh tengok bila dia besar nanti.
Awal tahun aku ambik report kad fatin di taska. Jangan tak tahu budak umo 3 tahun dah ada report kad, hebat..hebat... anak-anak sekarang. Sebagai ibu aku sangat bangga bila tengok report kad fatin.
"fatin seorang kanak-kanak yang pendiam, pandai berdikari, mendengar kata cikgu, simpati pada kawan-kawan apabila diaorg menangis & pandai memujuk, mudah bertolak ansur dengan kawan-kawan dll...." TAPI Fatin kenapa perangai-perangai yang baik tu takde di rumah, huhuhu... dengan adik pun tak nak beralah... agaknya memang macam tulah perangai kanak-kanak. Bila borak-borak dengan kawan-kawan, pekara yang sama mereka akan cakap. Semoga fatin menjadi anak yang solehah... :)

fatin melalak



rujuk : kamus dewan

menangis melahirkan perasaan sedih, pilu dll dgn mengeluarkan air mata & suara yg tersedu-sedu
menangis (kata kerja)
Bersinonim dengan melalak, meratap, meraung, melolong, mengongol, merintih, merengek, mewek, menyabak, merengkau, mengugu, berteriak, berlenggek-lenggek.


fatin dah ok... :)


Thursday, January 26, 2012

Gemersik Kalbu

Sinopsis : rujuk www.alaf21.com.my

Raihana pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Mestipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Aidainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja.

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

Sekarang dah menjadi tren pulak novel dijadikan drama @ filem. Aku tak pernah baca buku gemersik kalbu tapi bila dah sangkut dengan drama ni rasa seronok pulak. Alamatnya memang kena cari la jugak novel ni nanti. Tak sabar nak tahu penghujung jalan cerita ini nanti macam mana?

'sape la agaknya yang menjadi pilihan hati Raihana'

Wednesday, January 25, 2012

Hatiku Di Kinabalu

TINGGI-TINGGI GUNUNG KINABALU

TINGGI LAGI SAYANG SAMA KAMU

BIRU-BIRU HUJUNG KINABALU

TENGOK DARI JAUH HATI SAYA RINDU


Pertama kali tengok iklan 'Hatiku Di Kinabalu', aku memang tertarik sangat nak tengok. Cerita yang menarik dan pelakon-pelakon yang hebat. Aku memang suka sangat tengok yana samsudin tu berlakon, best... Hehe dia comel, cute, aku suka...
Movie ni ditayangkan di astro citra, so sesiapa yang tak melanggan astro mustika bolehlah layan kat youtube. Pasti korang puas hati.

ost 'Hatiku di Kinabalu' - ketentuan masa fina & azri

Friday, January 20, 2012

Tentang Dhia



Tentang Dhia, dah lama tak layan drama melayu sesekali seronok jugak. Pertama kali dengar tajuk cerita ni takde la excited sgt nak tgk. Layan biasa-biasa je tapi bila sampai part sihir menyihir baru rasa seronok nak tgk.
Watak liza abdullah sebagai ku salmi memang menjadi. Aku pasti lepas cerita ni pasti ramai orang bencikan dia, khihihi...
Buat pertama kalinya aku rasa lakonan nora danish sgt berkesan. Nampak dia betul2 menghayati watak. Selalu aku tgk watak remaja yang tak matang je. Tahniah buat nora danish.
Adi putra punya lakonan oklah jugak sebagai watak baik & romantik tapi aku lagi suka kalau dia bawa watak gengster, lagi best & lagi menyenggat.

**Drama tentang dhia asal dari buku ni ker?? Aku pun tak pasti. Bebila senang nnt aku cari buku ini...

sinopsis : rujuk www.jemariseni.com

Dhiya Nurlisa & Azril Mustaufi 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan. Aril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasannya sudah jelas, kan?

Lepas graduate, masing-masing bawa diri.
Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa, Azril masih lagi masalah kepada Dhiya.
lalu apa langkah seterudnya, Dh



Thursday, January 12, 2012

Hari Keluarga Ardani


24 - 25 disember 2011 - Family day dekat kuala klawang di rumah kak zie. Cari punya cari tempat, lastnya ke rumah kak zie jelah sbb semua tmpt dh penuh & tak sesuai.
Rasa terkilan sgt sbb tak dapat nk join diaorg. Takde rezeki kami nak pegi sana, takpelah lain kali je. Lagi seminggu nak pegi tiba-tiba fudho'il kena chickpox. Jadi terpaksalah tarik diri di saat-saat akhir. Nanti klu pegi semua org berjangkit pulak, jalan terbaik dok rumah je lah. Kebetulan pulak lisa & angah kena jugak so cik nik tinggalkan kanak-kanak chickpox tu kat umah aku. Jadi berkampunglah kitaorg yang tak berapa sihat ni di tg malim, huhuhu... sedihnye...
Seronok bila dgr semuanya berjalan lancar dan semua org happy. Dan yang pastinya sgt happy adalah budak2 sbb ada byk hadiah. Jealous tgk gmbr2 yang diaorg upload dalam facebook.
Sebenarnya aku yang cadang family day ni tp aku sendiri yang tak dpt pegi. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Insya'Allah lain kali ada lagi bolehlah kami pegi.
Semoga keluarga kami diberkati Allah & dapat berkumpul selalu, insya'Allah... aminn...


Unit Baru

tempat baru

2012 - pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru. Berkuatkuasa dari tarikh 3 januari 2012 aku bertukar unit dari unit payment ke unit akaun. Tahun baru berubah angin untuk buat kerja baru. Dok satu-satu unit lama-lama pun bosan jugak, sesekali kena merasa kerja lain pulak. Harap-harap dengan permulaan tahun baru ini dapat meninggatkan mutu kerja aku dngan baik lgi, aminnn.....
Tapi, masuk time closing, memang sakit la... huhuhu....



Saturday, January 7, 2012

Maksu & Tirah

Awal cuti sekolah 2011 maksu & tirah datang ke rumah. Sebulan diaorang duduk tg malim. Mula-mula memang rasa janggal sgt bila ada orang lain dalam rumah. Maklumlah selama ni kitaorang anak beranak je. Tapi lama-lama rasa seronok sbb takde la sunyi lagi kat rumah tu.
Seminggu diaorg kt sini, fatin kena chickpox. Tak boleh htr taska nnt berjangkit so terpaksa la mintak tlg maksu & tirah jaga. Elok je fatin dah sihat sambung pulak dgn fudho'il. Tirah & fudho'il kena chickpox sama2. Kesian tirah kena teruk sgt, sampai penuh 1 badan. Daripada takut pegi klinik , lastnya dia sendiri yg ajak sebab dah tak tahan sakit, hehehe... sian tirah.
Agaknya itu la hikmah nya bila maksu & tirah ada di rumah kalau tidak terpaksa la suruh mak tlg jaga. Aku nak cuti pun cuti dah tak berapa ada.
Terima kasih maksu, terima kasih tirah sejak korang balik rumah ni rasa sunyi sgt. Sedih nak lepasnya korang pegi. Bebila senang datang lagi nye.
bai...bai... tok su & cik tirah, dr fatin & fudho'il.

Jalan-jalan cari makan bersama maksu & tiraq...

Easy Cafe

R&R Ulu Bernam