Thursday, January 26, 2012

Gemersik Kalbu

Sinopsis : rujuk www.alaf21.com.my

Raihana pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Mestipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Aidainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja.

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

Sekarang dah menjadi tren pulak novel dijadikan drama @ filem. Aku tak pernah baca buku gemersik kalbu tapi bila dah sangkut dengan drama ni rasa seronok pulak. Alamatnya memang kena cari la jugak novel ni nanti. Tak sabar nak tahu penghujung jalan cerita ini nanti macam mana?

'sape la agaknya yang menjadi pilihan hati Raihana'

No comments:

Post a Comment