Saturday, June 30, 2012

Besday Fuhdo'il & Embah Yot

Birthday Boy

Hari tu sambut besday fatin, sekarang sambut besday fudho'il yang pertama. Besday fudho'il dan embah yot beza sehari je. Fudho'il 28hb jun dan embah yot 29hb Jun. Selain embah yot, tok wan dan kak ngah fiqah pun sambut birthday pada tarikh yang sama iaitu 28hb Jun. 
28hb Jun 2012 tahun ni jatuh pada hari khamis. Jadi kitaorang sambut awal sebab kebetulan berada di kampung, so bolehlah sambut bersama-sama dengan embah yot. Dan pastinya lebih meriah. Kebetulan pulak  cik nik bersama-sama anaknya dan ipin ada sekali, bertambah-tambahlah meriah majlis hari jadi yang kecil itu. Barulah embah rasa seronok, mesti embah tak pernah sambut hari jadi kan? 
Sebenarnya tarikh lahir embah dalam ic tu tak pasti sama ada sama dengan tarikh lahir embah yang betul. Maklumlah dulu-dulu mana ada ic. Tapi takpelah yang penting happy...

Kek untuk Fudho'il & Embah Yot

Menu tambahan sate, bihun sup & biskut batik


Orang-orang yang memeriahkan majlis, lily pun ada.