Showing posts with label Anakku. Show all posts
Showing posts with label Anakku. Show all posts

Monday, October 15, 2012

Fatin Bersukan

Muka semangat nak bersukan

29 September 2012 - Bangun pagi fatin begitu bersemangat nak bersukan, bangun pagi ni tak menangis, terus je mandi dan bersiap-siap. Semangat sukan dan semangat sebab dapat baju baru untuk sukan. Cantik wane kuning ada gambar lebah lagi, sweet sangat. Mama fatin pun bersemangat jugak sebab pertama kali anak nak masuk sukan. Kitaorang pergi 3 beranak je sebab papa kerja pukul 7 pagi dah keluar, jadi mintak tolong kakak ipar hantarkan.

Kumpulan fatin dapat tempat pertama acara bawa belon berisi air

Fatin bersama hadiahnya

Sampai je kat padang semangat fatin dah mula goyang sebab tengok orang ramai sangat. Alamak... fatin dah mula buat hal tapi adik ok je, seronok nak berlari ke padang.  Mula-mula acara aerobik fatin tak join siap nangis-nangis lagi. Time tu rasa nak balik pun ada. Tapi sabar-sabar, aku pujuk fatin pelan-pelan, mengunung janji aku tabur kan, ghahaha... "nanti mama belikan... bla...bla..bla..." Lastnya fatin nak jugak main. Nasib baik la 2 acara permainan je iaitu kerusi berirama dan bawa belon berisi air. Kerusi berirama fatin orang ke 4 yang terkeluar tapi untuk bawa belon berisi air kumpulan fatin menang. Sebenarnya hadiah diaorang semuanya sama je, saja seronok2

Fatin & Fudho'il seronok bermain di padang upsi


Saturday, June 30, 2012

Besday Fuhdo'il & Embah Yot

Birthday Boy

Hari tu sambut besday fatin, sekarang sambut besday fudho'il yang pertama. Besday fudho'il dan embah yot beza sehari je. Fudho'il 28hb jun dan embah yot 29hb Jun. Selain embah yot, tok wan dan kak ngah fiqah pun sambut birthday pada tarikh yang sama iaitu 28hb Jun. 
28hb Jun 2012 tahun ni jatuh pada hari khamis. Jadi kitaorang sambut awal sebab kebetulan berada di kampung, so bolehlah sambut bersama-sama dengan embah yot. Dan pastinya lebih meriah. Kebetulan pulak  cik nik bersama-sama anaknya dan ipin ada sekali, bertambah-tambahlah meriah majlis hari jadi yang kecil itu. Barulah embah rasa seronok, mesti embah tak pernah sambut hari jadi kan? 
Sebenarnya tarikh lahir embah dalam ic tu tak pasti sama ada sama dengan tarikh lahir embah yang betul. Maklumlah dulu-dulu mana ada ic. Tapi takpelah yang penting happy...

Kek untuk Fudho'il & Embah Yot

Menu tambahan sate, bihun sup & biskut batik


Orang-orang yang memeriahkan majlis, lily pun ada.




Saturday, March 3, 2012

Besday Fatin D Taska

kek angry bird fatin
28hb Februari 2012 - Besday fatin yang ke 3 di sambut bersama-sama dengan cikgu & kawan-kawan. Hari tu sambut dengan keluarga sekarang sambut dengan kawan-kawan pulak. Takde apa-apa jajan pun untuk besday kali ni hanya kek coklat angry bird hasil kerja tangan ina je. Terima kasih ina ye, siap hantarkan ke taska lagi kek nye, bagus betul servis, hehe...
Terima kasih jugak pada izni yang sudi tolong ambilkan gambar fatin, kepada cikgu eta, kak melati & nurul terima kasih banyak-banyak sbb tolong jayakan majlis fatin yang tak seberapa ni...

terima kasih dr fatin untuk semua

makan kek bersama dengan kawan-kawan

2 kek untuk fatin tahun ni


Tuesday, January 31, 2012

Bila Dia Menangis...

BILA FATIN MENANGIS
Bila tengok gambar ni tetiba datang idea nak masukkan dalam blog. Kenapa kanak-kanak suka menangis?
Sejak ada adik ni fatin sangat sensitif, suka menangis je, huhuhu... hobi kot, khihihi... pantang salah sikit mesti nak nangis. Mungkin cemburu @ nak kan perhatian dari mama & papa nya. Aku saja ambik gambar ni buat kenang-kenangan supaya fatin boleh tengok bila dia besar nanti.
Awal tahun aku ambik report kad fatin di taska. Jangan tak tahu budak umo 3 tahun dah ada report kad, hebat..hebat... anak-anak sekarang. Sebagai ibu aku sangat bangga bila tengok report kad fatin.
"fatin seorang kanak-kanak yang pendiam, pandai berdikari, mendengar kata cikgu, simpati pada kawan-kawan apabila diaorg menangis & pandai memujuk, mudah bertolak ansur dengan kawan-kawan dll...." TAPI Fatin kenapa perangai-perangai yang baik tu takde di rumah, huhuhu... dengan adik pun tak nak beralah... agaknya memang macam tulah perangai kanak-kanak. Bila borak-borak dengan kawan-kawan, pekara yang sama mereka akan cakap. Semoga fatin menjadi anak yang solehah... :)

fatin melalak



rujuk : kamus dewan

menangis melahirkan perasaan sedih, pilu dll dgn mengeluarkan air mata & suara yg tersedu-sedu
menangis (kata kerja)
Bersinonim dengan melalak, meratap, meraung, melolong, mengongol, merintih, merengek, mewek, menyabak, merengkau, mengugu, berteriak, berlenggek-lenggek.


fatin dah ok... :)