Friday, March 30, 2012

Sup Kesihatan


Selalunya bila anak tak sihat mesti diaorg hilang selera makan. Apa yang korang buat? Kalau aku kebiasanyanya aku masakkan sup untuk diaorang. Supnya aku rebus-rebus je pastu masukkan bahan-bahan yang boleh menarik minat diaorang untuk makan.
Memula tumiskan bawang merah & bawang putih bersama rempah sup dan asing dulu. Lepas tu rebuskan ayam bersama dengan halia & garam, bila ayam dah empuk barulah masukkan serai, daun sup & bebola ikan. Last sekali masukkan bahan tumisan tadi @ orang utara panggil tumis darat. Senang kan? Ok dah siap untuk dimakan.


Sup ayam & bebola ikan



Thursday, March 29, 2012

Shred Part 2


Kesinambungan dari cerita shred, hehehe.....
Kerja-kerja menghapuskan bukti bermula. Disebabkan mesin shred yang ada terlalu kecil dan tidak tahan lasak maka terpaksalah kami mengusahakan untuk mendapatkan yang lebih besar lagi. Dengan itu satu rancangan untuk merompak mesin dari bendahari 3 yang lebih besar & lebih tahan lasak. Kerja-kerja merompak dilalukan oleh en fazley.

Ini dia heronya...

Hasil rompakan lebih besar
Apa lagi mari kita shred kertas beramai-ramai. Tengok ramai yang nak tolong bila dah ada mesin besar ni. Yang tak tolong pun ada gak menyibuk kat situ.



Inilah hasilnya

Inilah penghulu baru kami. Mungkin selepas ini kami akan dapat mesin shred yang lebih besar, jadi penghulu tolong usahakan yer. Hidup penghulu!!!

Penghulu hasnawi
Penolong penghulu

Novel Laksamana Sunan

Mesti orang lain dah habis baca buku novel bagaikan puteri & sambungannya. Aku baru je habiskan buku cinta sufi sekarang baru nak sambung baca sutera bidadari. Bila la agaknya cerita laksamana sunan ni nak habis yer? Sekarang dah ada 5 episod, agak-agak ada ke episod yang ke 6?

Koleksi Novel Laksamana Sunan
Sejak dah ada anak ni nak habiskan novel sebuah pun berbulan-bulan. Jangan kata berbulan, makan tahun pun pernah, hehehe.... Kalau dulu sehari insya'allah habis satu novel. Walau apa pun aku akan habiskan jugak baca novel-novel ramlee awang murshid ni sebab novel nya best-best, tak rugi baca.
Sekarang sutera bidadari lepas ni sambung fiksyen 302 pulak, tunggguuuu....



Friday, March 23, 2012

Shred...

Di petang khamis yang damai tiba-tiba bos panggil bagi kerje, banyak o0o0o0o. Tak caye? nah ambik kau, hehehe....


Cam biasa aku menerima dengan senang hati, bukan susah pun setakat shred kertas je. Ok sebelum mula kerja ambik gambar dulu, kita kerja mesti happy.



Tetiba ada seorang hamba Allah ni potong line la pulak. Grrrr... geramnya.... Tengok tu siap ajak geng lagi, unit aset ni memang nak kena. Mentang-mentang la aku sorang je unit akaun kat baris ni.


"Sekali dia bawa geng daa...."

Nampaknya terpaksa la aku mengalah dan sambung kerja esok.

Saturday, March 3, 2012

Besday Fatin D Taska

kek angry bird fatin
28hb Februari 2012 - Besday fatin yang ke 3 di sambut bersama-sama dengan cikgu & kawan-kawan. Hari tu sambut dengan keluarga sekarang sambut dengan kawan-kawan pulak. Takde apa-apa jajan pun untuk besday kali ni hanya kek coklat angry bird hasil kerja tangan ina je. Terima kasih ina ye, siap hantarkan ke taska lagi kek nye, bagus betul servis, hehe...
Terima kasih jugak pada izni yang sudi tolong ambilkan gambar fatin, kepada cikgu eta, kak melati & nurul terima kasih banyak-banyak sbb tolong jayakan majlis fatin yang tak seberapa ni...

terima kasih dr fatin untuk semua

makan kek bersama dengan kawan-kawan

2 kek untuk fatin tahun ni