Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

Malam Cinta Rasul

Persembahan live qasidah, selawat dan tazkirah...
Salah seorang tokoh qasidah yang terulung masa kini ialah Habib Syech bin Abdul Qadir Assegaf. Beliau berasal dari Indonesia dan merupakan keturunan Rasullah SAW dari keluarga Asseggaf. Beliau dilahirkan pada 20 September 1961, merupakan salah seorang putera dari 16 bersaudara dan cahaya mata kepada al-Habib Abdul Qadir bin Abdurrahman Assegaf (tokoh alim dan imam Masjid Jami' Assegaf di Pasar Kliwon Solo)
Pendidikan awal diberikan oleh guru besarnya yang sekaligus ayahanda tercinta. Gurunya itu mengajarnya mendalami ajaran agama dan menghayati akhlak serta peribadi yang mulia. Kemudian al Habib Syech mendapat pendidikan dari bapa saudara beliau al-Habib Ahmad bin Abdurrahman Assegaf yang datang dari Hadramaut, Yaman. Habib Syech juga mendapat pendidikan, sokongan dan tunjuk ajar dan perhatian dari al-Imam al-Arif billah al-Habib Muhammad Anis bin Alwiy al-Habsyi iaitu Imam Masjid Riyadh, Solo, Indonesia yang merupakan cucu al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi.

Sholatum Bissalamil Mubin

Yahanana

Malam tadi tengok persembahan Habib Syech Asseggah di dewan besar upsi, ksas, proton city. Sangat-sangat teruja, walaupun pada mulanya sangat berat hati nak pergi sebab hasutan adam & hawa, almaklum la kali pertama nak layan adam & hawa di rumah kan. Disebabkan abah yang sanggup datang jauh dari kampung dan suami beriya ajak jadi dengan berat hati aku pergi la jugak.  Lebih kurang 8.15pm kami sampai, orang pun tak berapa ramai tapi makin lama orang makin bertambah, alhamdulillah. Rasanya dalam 1000 orang ada. Yang ramai orang-orang luar, bukannya staf-staf upsi. Lebih kurang 9.00pm Habib Syech sampai, tetiba ramai orang bangun menuju ke arah beliau untuk ambil gambar dan bersalaman, ramai dan sangat ramai. Kanak-kanak yang bersalam dengan beliau akan dapat 5000 rupiah. Melompat-lompat diaorang dapat duit. Seronok bila tengok anak-anak kecil yang hafal lagu-lagu Habib Syech, aku sendiri pun tak tahu.

Orang ramai menyambut kedatangan Habib Syech Asseggaf dan mengambil kesempatan untuk bersemuka dengan lebih dekat. Ramai sangat sampaikan dia nak jalan ke pentas pun susah.


Setiap orang akan dapat bendera untuk dikibarkan sewaktu Habib Syech mengalunkan qasidahnya. Tapi fatin sibuk buat main pulak bendera tu.


Bahagian atas masih banyak kerusi yang kosong...

Yang asalnya hanya terpaksa tapi jadi sangat jatuh cinta dengan mendengar qasidah Habib Syech. Ya Allah indahnya bila mendengar alunan-alunan irama-irama memuji Allah dan Rasullah SAW, sangat tersentuh. Semoga alunan-alunan indah ini akan dapat menarik perhatian anak-anak muda yang semakin hanyut dengan nikmat dunia. Aminnn....

Tuesday, April 12, 2011

Doa Pilihan Insan Cemerlang

Assalamualaikum...
8hb April DATO’ FADZILAH KAMSAH datang memberi ceramah di upsi bertajuk 'akukah punca masalah di pejabat?'.

ceramahnya memang bes. mula2 aku cadang nk dengar sampai pukul 4pm je, pastu ganjak lak ke pukul 4.30pm, lasnye sampai kul 5.15pm baru aku balik. dengar sampai habis... sangat berpuas hati...

yang besnye dia ijazahkan doa untuk semua yang datang, bukan senang nk dapat doa yang di ijazahkan nie... tak sia-sia aku tunggu sampai habis. 

aku sini aku nk kongsi bersama-sama dengan sesiapa saje yg membaca blog nie... awalkan doa-doa sangat bagus untuk diamalkan.










Tuesday, June 15, 2010

DOA SYIFA



“Ya Allah! Selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, penawar hati dan pengubatnya (hati), penyihat badan dan penyembuhnya (badan), pemberi cahaya penglihatan dan pemancarnya, juga ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda serta berkati sejahterakanlah.”

Kegunaa ayat-ayat menurut Darussyifa:

1. Surah-Al-Fatihah dibacakan bersama Selawat Syifa’ untuk semua penyakit.

2.Surah-Al-Fatihah, Selawat Syifa’& Lauanzalna untuk menurunkan sesuatu, seperti untuk memudahkan kelahiran bayi, memulihkan masalah kesukaran buang air kecil atau besar, kesukaran menelan atau tercekik tulang dan seumpamanya.

3. Surah-Al-Fatihah, Selawat Syifa’ , Selawat Tafrijiyyah untuk menghadapi masalah yang rumit atau merawat pesakit yang tidak diketahui puncanya.

SURAH AT TAUBAH


seseungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan) maka katakanlah ; “cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung’. (surah At taubah 128-129).

Ingin sy nyatakan disini, surah ini banyak keistimewaannya. Amalkanlah membacanya siang dan malam. InsyaAllah kita akan merasai perubahan pada diri dan hidup kita sekiranya diamalkan dengan hati yang penuh ikhlas.Ianya juga bagi mengelakkan sihir. InsyaAllah.amin..

Friday, June 4, 2010

PETUA MURAH REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan
keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan
konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat
setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang
boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya
maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup
kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada
hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi
s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.
Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati
menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,
al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim
dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,
juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam
bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan
hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman
mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh
Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah
akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-
Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu
rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba
sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada
orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang
menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-
Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh
rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan
urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.
Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat
rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan
Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan
Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah .
Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-
Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya
azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan
memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,
menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk
keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,
diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika
dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat,
dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan
murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis
menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia
tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh
bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam
al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan
perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis
sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah