Wednesday, June 22, 2011

Kembar Lain Ibu


Hari ini nak cerita pasal fatin dan sepupu-sepupunya, sbb buka komputer ternampak gambar diaorg. Fatin lahir 2 bulan awal daripada danish & aishah. Danish & aishah hanya beza seminggu je. Danish lahir dulu dan seminggu kemudian baru aishah. Raya tahun 2009 diaorg ni masih belum tahu apa2 pun, just pandai gelak je. Bila letak ketiga-tiganya nampak la diaorg ni macam kembar.

Macam iklan pampers pulak

Danish, Aishah & Fatin

Aishah, Papa & Fatin
Fatin dengan aishah rapat memandangkan diaorg selalu jumpa, fatin sikit2 nk jumpa aishah. Ibu cerita aishah pun cam tu jugak. Perangai pun lebih kurang je. Aishah tak panggil aku mak lang tp dia panggil mama, mungkin sbb dengar fatin panggil mama. Fatin pun camtu jugak sepatutnya fatin panggil ibu aishah mak ngah tapi dia panggil ibu. Agaknya klu danish ada kat tg malim ni tentu diaorg bertiga rapat kan??

Sekarang dah banyak akal, almaklum la dah besar. Kekadang tak larat sangat nak melayan nye. Makin hari makin degil. Apa-apa pun gelagat diaorg sangat menghiburkan hati walaupun kekadang terasa sakit hati. Tapi bila takde terasa rindu sangat...

'mama lov u all...'

Thursday, June 16, 2011

Hari Yang Mendebarkan

Assalamualaikum...
5am khamis 9hb Jun aku rasa sakit sgt kat perut, ingat kan sbb salah makan so buat x layan jelah, pukul 630am nak mandi pergi kerja, aku tgk ada darah, apa lagi mula la rasa cuak, cecepat aku tengok buku merah, nk tengok skrg dh berapa minggu. Baru masuk 34 minggu rupanya. Setahu aku 36 baru boleh bersalin @ pun masa kandungan aku berumur 7 bulan (28 minggu).

Apa lagi aku pun terus kejut suami, bersiap-siap, mandi, kemas-kemas kain baju, hantar fatin gi taska & terus pergi hospital slim river. Lebih kurang pukul 9am aku sampai, daftar diri salin baju untuk masuk wad. Bila dah ada kat hospital tu macam-macam la diaorg cek, itu la yang paling aku malas sekali...

Bila dah tengah hari aku rasa sakit makin kurang & darah pun dh x keluar lagi... Disebabkan itu aku diberi 2 suntikan untuk mematangkan paru-paru baby, bimbang tetiba aku terbesalin. Aku di tempatkan di labor room tempat org bersalin. Tapi time aku kat labor room aku tengok senang sgt diaorg semua bersalin. Aku harap nasib aku nnt pn camtu jugak, tak perlu nak tunggu lama2 untuk bersalin.

2 mlm aku terpaksa menginap di hospital untuk pemantauan. Setiap 4 jam skali tekanan darah & gerak baby akan diambil, walaupun aku tgh tido. Duduk kat hospital sgt membosankan, nasib baik la 2 mlm je, rindu sgt2 kat fatin, sedih x boleh nak tido sbb selalu peluk sebelum dia tido...

28hb Jun, 2 minggu lagi kena pegi cek, harap2 semua ok. Semoga ALLAH permudahkan untuk aku bersalin normal. Aminnn...

Monday, May 23, 2011

Kelahiran - Nur Fatin Alisya

Memandangkan kelahiran ke2 dah semakin hampir teringat pulak nak bercerita pengalaman melahirkan anak pertama NUR FATIN ALISYA pada 28/2/2009. sepatutnya fatin dilahirkan pada 22/3/2009 tp baru masuk 36 minggu 5 hari dia dah nk keluar, khihihi... tak sabar nk tgk mama & papa la tuuu.. kedudukan fatin songsang menyebabkan aku terpaksa di operate. bermula pada pukul 9 pm 27/2/2009 hinggalah pukul 2 am baru selesai operate, sejuk gile dalam bilik bedah tu. fatin selamat dilahirkan pada jam 12.15 am so tarikh lahirnya jadilah 28hb.

maklumat NUR FATIN ALISYA

hari pertama

hari ke 10

belajar menerap

sudah pandai merangkak

sekarang dah boleh duduk

dah boleh berjalan pada umo setahun 4 bulan

Nur Fatin Alisya 'Cahaya Kecantikan Yg Dilindungi'


My Big Family

Dah lama aku dok menulis blog ni tp xde pulak nk cerita pasal family... skrg aku nk tunjuk kat korang pic family besar aku. tp banyak gambar xde dalam simpanan la, ni je yg ada. klu ada nnt aku masuk kan lgi...

amira, fariza, fatin & dee

rombongan meminang untuk fahmi 

me, fatin, yong & dila

jamzuri, tukfah afandi, ahmad fatahni, muhibbah & mohammed shahbodin

embah bersama anak & menantu perempuan

bergambar kenangan sebelum berangkat balik ke destinasi masing2

sempena majlis perkahwinan fazlia muhibbah

keluarga besar Hajah Ramlah, tp x semua daa...


haa... ramai tak? ni pun belum ada semua klu tidak lagi menarik. skrg ni klu semua berkumpul kat umah embah mmg kena berhimpit-himpit sikit, al-maklum la cucu cicit pun dh besar2, keluarga pun makin hari makin bertambah. bulan ni dah bertambah lgi sorang cicit embah & tak lama lgi nk keluar lgi sorang.

Monday, May 9, 2011

Anak Sedara Sepupu Baru

6 Mei 2011 - Sepupu aku Fazlia Aini atau lebih dikenali sebagai yong dlm keluarga kami telah selamat melahirkan baby lelaki. Maklumat lain aku belum tahu, mengenai berat & nama nye pun aku tak tahu lagi. Ni pun curi gambar dalam Facebook, hehehe... jangan marah ye Zali. Putih gebu baby nye. Tahniah kepada pasangan Fazlia & Razali


Posing sebelum bersalin (sempat lagi tu...)

Baby boy yang sangat gebu


Seronok tengok orang dah lepas, aku jugak berdebar-bedar menunggu kelahiran, semoga semuanya selamat, aminnn....


Friday, May 6, 2011

Kenduri Fahmi & Zilla


13 Mac 2011 - kenduri adik nor fahmi & pasangannya zilla. kenduri kali ni sgt memenatkan bermula dri 10/3/11 aku dh ambik cuti sampai 14/3/11 dan 15/3/11 terpaksa ambik EL sebab tak larat sgt2... alhamdulillah semuanya selesai dengan baik walaupun mula2 nmpk sgt serabut. last minit byk benda yg x buat, x cukup lah, ini xde lah itu xde lah, biasa la kan kenduri tak semuanya sempurna... apa2 pun terima kasih kepada semua adik-beradik & sedara mara yg sama-sama menjayakan majlis ini... dan tak lupa kepada sedara dari Indonesia yang sanggup datang dari jauh bagi memeriahkan lagi majlis ini... TQ very much :D


sepupu sepapat - kepenatan sambil berposing kat tangga

embah & anak-anaknya bergambar bersama sedara dari Indonesia

bergambar kenangan pengantin, emak abah & besan

pengantin bergambar kenangan bersama dengan sepupu sepapat

pasukan kompang bersiap sedia menyambut ketibaan pengantin

menunggu ketibaan pengantin (dh pukul 1 lebih x sampai2 lgi)

ketibaan pengantin bersama rombongan dr Juru, Penang

Friday, April 29, 2011

Puding Jagung


29/4/2011 (jumaat) potluck jabatan bendahari, aku bawa puding jagung, alhamdulillah habis di makan & di tapau, hehehe.... aku nk kongsi resepi, sesape yg sudi bolehlah mencubanye...
1 tin jagung manis
1 bungkus tepung kastad
1 tin gula
5 tin santan
1 sudu teh garam
masak 4 tin santan bersama dengan gula & garam sehingga larut. gaul tepung kastad bersama dengan jagung manis & 1 tin santan hingga rata (di dalam bekas lain). kemudian barulah masukkan ke dalam santan yg telah dimasak tadi. kacau sehingga pekat & berkilat. masukkan ke dalam acuan, sejukkan & sedia untuk dihidang...

selamat mencuba...