Tuesday, September 7, 2010

'Selamat Hari Raya'


selamat hari raya kepada semua kawan-kawan & sedara mara. tahun ni aku beraya di sg petani kedah (rumah mentua). insya'allah raya kedua baru ada di teluk intan. aku cadang nk beraya kt taiping jumpa kekawan lama tapi suami aku cam berat je nk pegi, huhu... sedih. xpelah aku ikut je mana yg baik, klu ada rezeki jumpa la aku dgn kekawan lama aku tu... dh lama sgt x jumpa dgn diaorg, skrg masing2 dh ada anak. untung jugak ada FB kt situ la kitaorg berjumpa semula. apa2 pun hari ni las aku keje, 17hb kena keje blk sbb cuti dh tinggal 4 hari je, MySpace.... sian kat aku. persiapan raya semua dh ok, tinggal nk berkemas je lgi pastu blh cabut blk kedah, MySpacehehehe... tahun ni baju raya 2 pasang je, cukuplah tu kan? bebanyak pun membazir je. klu ikutkan nafsu memang bepasang-pasang baju aku nk beli. plan memula nk pakai wane merah 1 family tp baju melayu utk suami xde lak wane yg aku nak. jadi aku pun tukar la wane coklat. mak aku mesti bising sebab asyik wane coklat je aku pilih. eemmm nk buat cam mn dh wane tu yg aku bekenan.. belasah jelah janji ada baju untuk hari raya. oklah sampai sini je aku membebel lain kali aku membebel lagi yee...
kepada semua 'SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN' dari saya sekeluarga 'umi, busu & fatin' MySpaceassalamualaikum....

Tuesday, August 17, 2010

Darah...

16/8/2010 warga negara bendahari UPSI ambil darah utk tahu kumpulan @ jenis darah. aku ni bab2 ambik2 darah nie kecut sikit, tp nasib baik aku dah ada kad jenis darah, fuhh...





aku rasa eloklah kiranya setiap org ada kad cam ni. bukan apa senang sikit klu belaku apa2. aku pun buat kad ni time keje kat klinik dlu. kepada kekawan aku rasa elok lah korang semua buat kad nie, bukan apa untuk kebaikan kita jgk...

Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN

Selamat Menyambut Ramadhan...
hari pertama berpuasa sahur 5.15am nasib baik sempat sahur klu tidak pengsan aku... menu hari ni x pasti lagi tp yg penting mesti ada nasi, kuih muih shopping kat bazar je.
sebenar ganti pose tak habis lgi, sedih sungguh la, tapi aku berazam akan habiskan jugak sebelum ramadhan tahun depan, aminnn....
harap-harap tahun nie aku dapat pose penuh & ngaji quran sampai qatam.. hehe... boleh ker?? huhu...
selamat berpose semua...

Wednesday, July 21, 2010

SEMANGAT YANG HILANG

Bila tengok orang bela ikan aku pun rasa teringin gak nk membela, org bela dlm balang je tp aku siap beli akuarium besou punya...
Memang dh lama aku teringin sgt2 nk bela ikan, ada akuarium tentu cantik, jadi suami aku pun belikan la, tp syaratnya aku kena uruskan sendiri. Bulan pertama memang semangat berkobar-kobar. Hari2 bagi makan, hari2 mengadap ikan dgn fatin, siap letak lampu tido n pewangi lagi u...

Haa nilah hasilnya, utk 2 bln pertama...

siap dengan aksesorinye lagi...

Tapi setelah 2 bulan berlalu, semangat makin hilang. Orang kata hangat2 tahi ayam tp aku sendiri pun x penah rasa sejauh mana hangat nya tahi ayam tu, ghahaha...
Perkara yg paling malas adalah time nk cuci akuarium. Sekali, 2 kali ok lgi masuk kali ke3 aku dh malas tahap terlampau sampai ada ikan yg mati pun aku biarkan je sampai tinggal tulang, ishh... kejam sungguh. Last nye aku ambil keputusan yg x akan menyusahkan aku lgi iaitu, cuci sebersih-bersihnya & simpan elok2 dalam stor. Dan hasilnya....


aku telah mengubah meja akuarium...

Wednesday, June 23, 2010

Kek Gula Hangus


Bahan- bahan

7 biji telur
2 ½ cawan tepung gandum
1 sudu besar soda bikarbonat
½ tin susu pekat manis
1 sudu besar esen vanilla
1 cawan majerin
Gula hangus ( 2 ½ cwn gula & 2 ½ cwn air )

Cara membuatnya

Campurkan telur , susu, esen vanilla dan majerin kacau hingga sebati
Tepung dan soda diayak bersama2
Masukkan gula hangus yang masih panas berselang seli dengan tepung kedalam adunan majerin kacau hingga sebati
Jika perlu tapis dahulu sebelum dibakar
Bakar selama 45 minit ke sejam.
Kek masak jika tiada adunan yg melekat pada lidi pencucuk

Tuesday, June 15, 2010

DOA SYIFA



“Ya Allah! Selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, penawar hati dan pengubatnya (hati), penyihat badan dan penyembuhnya (badan), pemberi cahaya penglihatan dan pemancarnya, juga ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda serta berkati sejahterakanlah.”

Kegunaa ayat-ayat menurut Darussyifa:

1. Surah-Al-Fatihah dibacakan bersama Selawat Syifa’ untuk semua penyakit.

2.Surah-Al-Fatihah, Selawat Syifa’& Lauanzalna untuk menurunkan sesuatu, seperti untuk memudahkan kelahiran bayi, memulihkan masalah kesukaran buang air kecil atau besar, kesukaran menelan atau tercekik tulang dan seumpamanya.

3. Surah-Al-Fatihah, Selawat Syifa’ , Selawat Tafrijiyyah untuk menghadapi masalah yang rumit atau merawat pesakit yang tidak diketahui puncanya.

SURAH AT TAUBAH


seseungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan) maka katakanlah ; “cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung’. (surah At taubah 128-129).

Ingin sy nyatakan disini, surah ini banyak keistimewaannya. Amalkanlah membacanya siang dan malam. InsyaAllah kita akan merasai perubahan pada diri dan hidup kita sekiranya diamalkan dengan hati yang penuh ikhlas.Ianya juga bagi mengelakkan sihir. InsyaAllah.amin..