Tuesday, June 8, 2010

Apam Tepung Beras



Bahan-bahan

1 peket tepung beras
4 cawan air
1 cawan gula
1 cawan tapai nasi
2 peket ENO putih ( peket warna biru)

Cara buat tapai nasi

2 cawan nasi yg telah disejukkan
Ragi ( sebesar duit 20 sen )
Hancurkan ragi dan taburkna keatas nasi. Biarkan 2 mlm


Cara membuatnya

Campurkan tepung beras, air , gula dan sedikit garam gaul hingga rata
Masukkan tapai gaul lagi
Biarkan sekurang-kurang 4 jam atau lebih
Panaskan kukusan
Bahagikan kepada 2 bahagian warnakan ikut kesukaan
Masukkan ENO 1 peket untuk 1 bahagian
Masuk kedalam cawan acuan kukus selama 15 minit.

No comments:

Post a Comment