Wednesday, July 20, 2011

Demam 'NORA ELENA'


Drama NORA ELENA memang sangat menarik sama seperti novelnya KASIH YANG SUCI. Kekadang cerita dari novel kalau dibuat drama jadi tak best. Tapi cerita ini memang sangat2 menarik & romantik. Time drama ni tayang kat tv aku tak tgk, sibuk dok melayan fatin tgk tv crite kartun, kalau tidak dia buat perangai. Lagi pun aku tengah mengandung time tu tak larat nak layan fatin kluar jejalan, jdi dok je kat umah layan kartun. Sekarang tengah berpantang kat kg banyak masa, so boleh la layan cerita-cerita menarik yang aku terlepas. Aku selalu dengar member aku cerita pasal drama ni, tu yang buat aku lagi excited nak tengok. Lagi pun aku dah baca novelnya so aku tahu jalan ceritanya... 3 hari 3 mlm aku dok mengadap drama ni. Siap download lagi, pasni boleh la ulang tengok, hehe...
Kepada sesiapa yang masih belum membaca novel kasih yang suci tp dah tengok drama nora elena ni, eloklah korang baca novelnya. Pasti puas hati...


Sinopsis (rujuk : www.alaf21.com.my)
Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

2 comments:

  1. wahh...umi sampai masuk blog ye citer nora elena ni...ingatkan kak sha je...tapi demam nora kak sha dah reda ..jangkit kat ko lak hihihi

    ReplyDelete
  2. tu la pasal demam dah berjangkit. lama x layan cerita romantik cam ni, dlu asyik layan drama korea je...

    ReplyDelete