Friday, July 15, 2011

Kelahiran Anak Ke-2

Muhammad Fudho'il


Assalamualaikum...
Baru hari ini berkesempatan menulis blog. Alhamdulillah sekarang aku dah semakin sihat...
28hb Jun 2011 aku selamat melahirkan bayi lelaki 'Muhammad Fudho'il' maksudnye Fadilat Yang Terpuji (klu x slah aku la) dh lupa sbb buku nama tu ada kat umah.

Detik-detik yang mencemaskan...
Pukul 4.30am air ketuban aku dah pecah tapi tak rasa sakit, so aku tido buat tak tahu je. Jam 7am aku dah mula rasa sakit2. Aku terus bersiap-siap nak pergi hospital. Tapi aku masih boleh tahan lgi rasa sakit, jadi aku suruh suami hantar fatin ke taska dulu... sementara tunggu suami balik aku dah rasa sakit sangat nak jalan pun rasa dah tak boleh. Sakit 5 minit, 5 minit...
Pukul 9.30am aku sampai hospital, time tu mmg dah rasa sakit sgt, nurse suruh salin baju pun rasa dah x mampu tp aku gagahkan jugak. Doktor cek dah buka 5cm, dia suruh masuk labor room terus. Tak sampai 1/2 jam aku dalam labor room dah rasa sakit sgt2. Nasib baik ada doktor pelatih yang baik, dia la yang tolong usap & tenang kan aku. Aku dah rasa bayi nak terkeluar sgt dah tp nurse tu leh buat-buat sibuk lak cek perut aku. Rasa cam nak teran je time tu, aku baca je ayat kursi bebanyak & ayat yang aku ingat... Nasib baik doktor dtg cepat, dia tgk dah buka 9cm, apa lagi kelam kabut la diaorg semua. Bila diaorg suruh teran je, aku pun cecepat je teran. Alhamdulillah 2 or 3 kali teran bayi pun selamat keluar. 10.47am aku selamat melahirkan bayi seberat 2.36kg. Dan berita yang gembiranya bayi aku lelaki. Lepas bayi selamat nurse terus je letak bayi atas dada aku. Time tu rasa lega sangat2 hilang semua rasa sakit...
Aku ingatkan dah lepas azab aku, rupanya ada lagi. Time nurse jahit & cuci. Jahit tu aku rasa leh tahan lgi tapi time cuci tu rasa cam luka kena simbah air garam. Lepas bersalin memang takde tenaga, nasib baik nurse bagi aku minum milo & air masak. Tak lama pastu diaorg bagi makan nasi. Lapar sgt rasanya tapi xleh nak makan byk sbb terlalu penat.
Hari tu sangat ramai orang bersalin, labor room penuh. Doktor yang menguruskan hanya 2 orang je, yang ramai doktor pelatih. Berlari ke sana ke sini doktor & nurse, itu jelah pemandangan yang boleh dilihat kat labor room. Dari pagi sampai petang baru aku dapat masuk wad. 3.30pm aku masuk wad. Terasa sangat lama... Dah la diaorg suruh aku baring je xleh bangun. Masuk wad baru leh bangun. Kesian suami menunggu dari pagi sampai petang. Rupanya nurse tak bagitahu yang aku dah bersalin. Ish..ish...ish... sibuk sungguh diaorg hari tu. Aku masuk je wad suami terus balik ambik fatin kat taska memandangkan suami tidak dibenarkan masuk wad kerana bukan waktu melawat. Pukul 4 waktu melawat mak & abah sampai, sesampai je terus abah azankan fudho'il. Lebih kurang 4.30pm suami, fatin & adik ipar aku siti sampai. Kali pertama tgk adik, fatin menangis sbb jealous tapi skrg fatin dah semakin syg kan adiknya.
29hb aku dah dibenarkan keluar hospital. Terima kasih kepada nurse2 & doktor2 di hospital slim river, walaupun aku dengar macam2 tentang layanan & mulut2 berbisa nurse2 kat situ tp aku rasa layanan yang aku terima memuaskan, kalau ada pun masih boleh dimaafkan.

Fatin & Fudho'il
Berehat di rumah...
Aku duduk rumah sampai hari jumaat sebab tunggu suami habis keje baru kitaorang balik kg. Mak yang temankan aku semasa di tg malim, kalau aku je dengan anak2 huru hara rasanya, badan pun belum berapa sihat pastu nak melayan fatin & fudho'il lagi. Terima kasih kepada yang sudi melawat, kak sara, aida, lia, azrai & pn fizah. Tak lupa juga kepada kakak, abang & adik ipar yg sudi datang melawat.

Perbezaan antara bersalin normal & operation...
Bersalin normal cepat sembuh berbanding di bedah. Boleh urut badan, bertungku dan pakai barut, badan pun rasa selesa. Tapi masalahnya aku takut nak berak, ghahaha... bukan apa takut terbuka jahit jd aku makan ubat mudah berak, fuhh... selamat...
Bersalin normal ni kena berpantang betul2, kena pakai stokin, mandi air suam & jaga makan sbb aku mudah rasa sejuk. Boleh katakan setiap hari makan ikan haruan, nasib baik aku suka ikan haruan kalau tidak jenuh jugak nak telan. Jadi xde masalah nak berpantang, mana boleh sebat aku sebat jelah... Nak makan jamu tak boleh lagi sbb fudho'il masih ada kuning.

Fudho'il kena kuning...
Cam biasalah budak baru lahir tiap hari ulang klinik cek kuning. Kuning fudho'il 10++. 3hb aku cek kuning fudho'il kat hospital teluk intan. Kuning nya naik 15.6 so terpaksalah aku menginap kat hospital 1 mlm. Sekarang dah 14 hari tapi kuning fudho'il masih 10++ cuma turun sikit2 je. Dah macam-macam cara aku baut, minum susu kambing, mandikan dengan daun teh, daun belimbing tapi tetap sama jugak. Jadi aku ambik keputusan untuk tidak buat apa-apa lagi melainkan bagi dia minum susu banyak2. Fudho'il di rujuk ke hospital pakar kanak-kanak teluk intan. Kesian fudho'il kena ambil darah & air kencing untuk tengok sama ada jangkitan @ tidak. Keputusan 1hb Ogos, harap xdelah apa2 yang buruk berlaku, semoga semuanya baik. Sekarang fudho'il dah semakin bulat & banyak akal. Kuat menyusu & berjaga lama-lama, dah tgh hari baru nak tido.
Semoga dengan kelahiran anak kedua ini dapat memberikan cahaya kebahagian kepada kami sekeluarga. Aminnn....

No comments:

Post a Comment