Thursday, January 12, 2012

Hari Keluarga Ardani


24 - 25 disember 2011 - Family day dekat kuala klawang di rumah kak zie. Cari punya cari tempat, lastnya ke rumah kak zie jelah sbb semua tmpt dh penuh & tak sesuai.
Rasa terkilan sgt sbb tak dapat nk join diaorg. Takde rezeki kami nak pegi sana, takpelah lain kali je. Lagi seminggu nak pegi tiba-tiba fudho'il kena chickpox. Jadi terpaksalah tarik diri di saat-saat akhir. Nanti klu pegi semua org berjangkit pulak, jalan terbaik dok rumah je lah. Kebetulan pulak lisa & angah kena jugak so cik nik tinggalkan kanak-kanak chickpox tu kat umah aku. Jadi berkampunglah kitaorg yang tak berapa sihat ni di tg malim, huhuhu... sedihnye...
Seronok bila dgr semuanya berjalan lancar dan semua org happy. Dan yang pastinya sgt happy adalah budak2 sbb ada byk hadiah. Jealous tgk gmbr2 yang diaorg upload dalam facebook.
Sebenarnya aku yang cadang family day ni tp aku sendiri yang tak dpt pegi. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Insya'Allah lain kali ada lagi bolehlah kami pegi.
Semoga keluarga kami diberkati Allah & dapat berkumpul selalu, insya'Allah... aminn...


No comments:

Post a Comment