Monday, October 15, 2012

Fatin Bersukan

Muka semangat nak bersukan

29 September 2012 - Bangun pagi fatin begitu bersemangat nak bersukan, bangun pagi ni tak menangis, terus je mandi dan bersiap-siap. Semangat sukan dan semangat sebab dapat baju baru untuk sukan. Cantik wane kuning ada gambar lebah lagi, sweet sangat. Mama fatin pun bersemangat jugak sebab pertama kali anak nak masuk sukan. Kitaorang pergi 3 beranak je sebab papa kerja pukul 7 pagi dah keluar, jadi mintak tolong kakak ipar hantarkan.

Kumpulan fatin dapat tempat pertama acara bawa belon berisi air

Fatin bersama hadiahnya

Sampai je kat padang semangat fatin dah mula goyang sebab tengok orang ramai sangat. Alamak... fatin dah mula buat hal tapi adik ok je, seronok nak berlari ke padang.  Mula-mula acara aerobik fatin tak join siap nangis-nangis lagi. Time tu rasa nak balik pun ada. Tapi sabar-sabar, aku pujuk fatin pelan-pelan, mengunung janji aku tabur kan, ghahaha... "nanti mama belikan... bla...bla..bla..." Lastnya fatin nak jugak main. Nasib baik la 2 acara permainan je iaitu kerusi berirama dan bawa belon berisi air. Kerusi berirama fatin orang ke 4 yang terkeluar tapi untuk bawa belon berisi air kumpulan fatin menang. Sebenarnya hadiah diaorang semuanya sama je, saja seronok2

Fatin & Fudho'il seronok bermain di padang upsi


No comments:

Post a Comment