Monday, May 9, 2011
Anak Sedara Sepupu Baru
Friday, May 6, 2011
Kenduri Fahmi & Zilla
13 Mac 2011 - kenduri adik nor fahmi & pasangannya zilla. kenduri kali ni sgt memenatkan bermula dri 10/3/11 aku dh ambik cuti sampai 14/3/11 dan 15/3/11 terpaksa ambik EL sebab tak larat sgt2... alhamdulillah semuanya selesai dengan baik walaupun mula2 nmpk sgt serabut. last minit byk benda yg x buat, x cukup lah, ini xde lah itu xde lah, biasa la kan kenduri tak semuanya sempurna... apa2 pun terima kasih kepada semua adik-beradik & sedara mara yg sama-sama menjayakan majlis ini... dan tak lupa kepada sedara dari Indonesia yang sanggup datang dari jauh bagi memeriahkan lagi majlis ini... TQ very much :D
Friday, April 29, 2011
Puding Jagung

29/4/2011 (jumaat) potluck jabatan bendahari, aku bawa puding jagung, alhamdulillah habis di makan & di tapau, hehehe.... aku nk kongsi resepi, sesape yg sudi bolehlah mencubanye...
1 tin jagung manis
1 bungkus tepung kastad
1 tin gula
5 tin santan
1 sudu teh garam
Wednesday, April 20, 2011
Novel

19/4/2011 selasa... akhirnya aku berjaya menghabiskan buku 9 Nyawa nie. kalau tak silap 3 bulan aku ambil masa untuk habiskan baca buku nie, hehehe... lama gila. Jalan cerita yang sangat menarik, di akhir cerita barulah terungkai semuanya & barulah aku faham. Ingat nk baca langkah2 muka surat je tp x boleh, nnt aku tak paham ape ceritanye... Aku sangat2 berpuas hati baca buku nie, sesiapa yang belum baca tu eloklah baca kerana korang akan dapat kepuasannya.
Sinopsis (rujuk : www.alaf21.com.my)
INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mem punyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.
HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?
Sekarang aku mula membaca Rayyan Fantasi... tak tahu la bila nk khatam...
Monday, April 18, 2011
Program Realiti

Sekarang tengah musim realiti TV, bln ni je ada 2 rancangan kegemaran MAHARAJA LAWAK & AKADEMI FANTASIA... dua-dua nya pun best. tp kalau korang tanya mana yg paling best, pasti jawapan nye maharaja lawak sampaikan aku sanggup ambik pakej MUSTIKA semata-mata nk tgk maharaja lawak. tiap kali ada ulangan pasti aku akan tgk, hehehe.... AF9 aku dh x berapa layan sgt, bosan la... sbb dh boleh baca apa trip diaorg.
Dalam MRL aku suka jozan, nabil, sepah, alex & jambu. paling x suka amir, tp dh 3 minggu amir terselamat, ish...ish...ish geram betul la. apa-apa pun selamat menonton...
Tuesday, April 12, 2011
Doa Pilihan Insan Cemerlang
8hb April DATO’ FADZILAH KAMSAH datang memberi ceramah di upsi bertajuk 'akukah punca masalah di pejabat?'.
ceramahnya memang bes. mula2 aku cadang nk dengar sampai pukul 4pm je, pastu ganjak lak ke pukul 4.30pm, lasnye sampai kul 5.15pm baru aku balik. dengar sampai habis... sangat berpuas hati...
yang besnye dia ijazahkan doa untuk semua yang datang, bukan senang nk dapat doa yang di ijazahkan nie... tak sia-sia aku tunggu sampai habis.
aku sini aku nk kongsi bersama-sama dengan sesiapa saje yg membaca blog nie... awalkan doa-doa sangat bagus untuk diamalkan.
Tuesday, September 7, 2010
'Selamat Hari Raya'
selamat hari raya kepada semua kawan-kawan & sedara mara. tahun ni aku beraya di sg petani kedah (rumah mentua). insya'allah raya kedua baru ada di teluk intan. aku cadang nk beraya kt taiping jumpa kekawan lama tapi suami aku cam berat je nk pegi, huhu... sedih. xpelah aku ikut je mana yg baik, klu ada rezeki jumpa la aku dgn kekawan lama aku tu... dh lama sgt x jumpa dgn diaorg, skrg masing2 dh ada anak. untung jugak ada FB kt situ la kitaorg berjumpa semula. apa2 pun hari ni las aku keje, 17hb kena keje blk sbb cuti dh tinggal 4 hari je,
.... sian kat aku. persiapan raya semua dh ok, tinggal nk berkemas je lgi pastu blh cabut blk kedah,
hehehe... tahun ni baju raya 2 pasang je, cukuplah tu kan? bebanyak pun membazir je. klu ikutkan nafsu memang bepasang-pasang baju aku nk beli. plan memula nk pakai wane merah 1 family tp baju melayu utk suami xde lak wane yg aku nak. jadi aku pun tukar la wane coklat. mak aku mesti bising sebab asyik wane coklat je aku pilih. eemmm nk buat cam mn dh wane tu yg aku bekenan.. belasah jelah janji ada baju untuk hari raya. oklah sampai sini je aku membebel lain kali aku membebel lagi yee...kepada semua 'SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN' dari saya sekeluarga 'umi, busu & fatin'
assalamualaikum....

