Wednesday, January 25, 2012

Hatiku Di Kinabalu

TINGGI-TINGGI GUNUNG KINABALU

TINGGI LAGI SAYANG SAMA KAMU

BIRU-BIRU HUJUNG KINABALU

TENGOK DARI JAUH HATI SAYA RINDU


Pertama kali tengok iklan 'Hatiku Di Kinabalu', aku memang tertarik sangat nak tengok. Cerita yang menarik dan pelakon-pelakon yang hebat. Aku memang suka sangat tengok yana samsudin tu berlakon, best... Hehe dia comel, cute, aku suka...
Movie ni ditayangkan di astro citra, so sesiapa yang tak melanggan astro mustika bolehlah layan kat youtube. Pasti korang puas hati.

ost 'Hatiku di Kinabalu' - ketentuan masa fina & azri

Friday, January 20, 2012

Tentang Dhia



Tentang Dhia, dah lama tak layan drama melayu sesekali seronok jugak. Pertama kali dengar tajuk cerita ni takde la excited sgt nak tgk. Layan biasa-biasa je tapi bila sampai part sihir menyihir baru rasa seronok nak tgk.
Watak liza abdullah sebagai ku salmi memang menjadi. Aku pasti lepas cerita ni pasti ramai orang bencikan dia, khihihi...
Buat pertama kalinya aku rasa lakonan nora danish sgt berkesan. Nampak dia betul2 menghayati watak. Selalu aku tgk watak remaja yang tak matang je. Tahniah buat nora danish.
Adi putra punya lakonan oklah jugak sebagai watak baik & romantik tapi aku lagi suka kalau dia bawa watak gengster, lagi best & lagi menyenggat.

**Drama tentang dhia asal dari buku ni ker?? Aku pun tak pasti. Bebila senang nnt aku cari buku ini...

sinopsis : rujuk www.jemariseni.com

Dhiya Nurlisa & Azril Mustaufi 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan. Aril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasannya sudah jelas, kan?

Lepas graduate, masing-masing bawa diri.
Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa, Azril masih lagi masalah kepada Dhiya.
lalu apa langkah seterudnya, Dh



Thursday, January 12, 2012

Hari Keluarga Ardani


24 - 25 disember 2011 - Family day dekat kuala klawang di rumah kak zie. Cari punya cari tempat, lastnya ke rumah kak zie jelah sbb semua tmpt dh penuh & tak sesuai.
Rasa terkilan sgt sbb tak dapat nk join diaorg. Takde rezeki kami nak pegi sana, takpelah lain kali je. Lagi seminggu nak pegi tiba-tiba fudho'il kena chickpox. Jadi terpaksalah tarik diri di saat-saat akhir. Nanti klu pegi semua org berjangkit pulak, jalan terbaik dok rumah je lah. Kebetulan pulak lisa & angah kena jugak so cik nik tinggalkan kanak-kanak chickpox tu kat umah aku. Jadi berkampunglah kitaorg yang tak berapa sihat ni di tg malim, huhuhu... sedihnye...
Seronok bila dgr semuanya berjalan lancar dan semua org happy. Dan yang pastinya sgt happy adalah budak2 sbb ada byk hadiah. Jealous tgk gmbr2 yang diaorg upload dalam facebook.
Sebenarnya aku yang cadang family day ni tp aku sendiri yang tak dpt pegi. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Insya'Allah lain kali ada lagi bolehlah kami pegi.
Semoga keluarga kami diberkati Allah & dapat berkumpul selalu, insya'Allah... aminn...


Unit Baru

tempat baru

2012 - pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru. Berkuatkuasa dari tarikh 3 januari 2012 aku bertukar unit dari unit payment ke unit akaun. Tahun baru berubah angin untuk buat kerja baru. Dok satu-satu unit lama-lama pun bosan jugak, sesekali kena merasa kerja lain pulak. Harap-harap dengan permulaan tahun baru ini dapat meninggatkan mutu kerja aku dngan baik lgi, aminnn.....
Tapi, masuk time closing, memang sakit la... huhuhu....



Saturday, January 7, 2012

Maksu & Tirah

Awal cuti sekolah 2011 maksu & tirah datang ke rumah. Sebulan diaorang duduk tg malim. Mula-mula memang rasa janggal sgt bila ada orang lain dalam rumah. Maklumlah selama ni kitaorang anak beranak je. Tapi lama-lama rasa seronok sbb takde la sunyi lagi kat rumah tu.
Seminggu diaorg kt sini, fatin kena chickpox. Tak boleh htr taska nnt berjangkit so terpaksa la mintak tlg maksu & tirah jaga. Elok je fatin dah sihat sambung pulak dgn fudho'il. Tirah & fudho'il kena chickpox sama2. Kesian tirah kena teruk sgt, sampai penuh 1 badan. Daripada takut pegi klinik , lastnya dia sendiri yg ajak sebab dah tak tahan sakit, hehehe... sian tirah.
Agaknya itu la hikmah nya bila maksu & tirah ada di rumah kalau tidak terpaksa la suruh mak tlg jaga. Aku nak cuti pun cuti dah tak berapa ada.
Terima kasih maksu, terima kasih tirah sejak korang balik rumah ni rasa sunyi sgt. Sedih nak lepasnya korang pegi. Bebila senang datang lagi nye.
bai...bai... tok su & cik tirah, dr fatin & fudho'il.

Jalan-jalan cari makan bersama maksu & tiraq...

Easy Cafe

R&R Ulu Bernam

Monday, October 3, 2011

Selamat Hari Raya 2011

keluarga besar

keluarga aku

embah & anak-anaknya

embah bersama anak menantu

Raya tahun ni sangat meriah, boleh dikatakan semua adik-beradik & saudara mara berkumpul di rumah embah. Jarang dapat berkumpul mcm ni. Tp biasa la bila dah ramai susah nk kumpul semua, mesti ada yang takde. Raya ni segala masakan ada sampai tak tahu nk pilih yang mana satu. Ketupat nasi dah semestinyalah, ada pulak menu baru iaitu ketupat pulut. Al-maklumlah skrg embah dah ada cucu menantu org utara 3 org (busu, mirul & zila) jdi kenalah pelbagaikan menu tahun ni. Mlm raya kitaorang tak mkn nasi hanya mkn ketupat nasi, lemang, pecal & lauk pauk je. Tp cucu menantu embah dr utara ni semua tak biasa so secara automatiknya nasi pun ada, bila dah ada ramai pulak yg join, hehehe... camni lah bila dah ramai2 mcm2 kerenah boleh tgk. Itu baru cerita psl mkn je, lain2 cam mn??

Raya2 ni klu ada bunga api mesti bes kan? Hehe... ain yg mula beli hr pertama, budak2 ramai tak cukup la kami yg tua2 ni nk merasa main. Disebabkan itu kitaorg kumpul duit beli bunga api, fuhhhh... meriah gila raya kitaorg tahun ni. Tp semua kena sound dgn cik jam, khihihi... so ye cik, bukan selalu pun kitaorg dpt main bunga api ni.

Aku harap akan ada lagi perhimpunan @ raya mcm ni lagi. Semoga Allah swt panjangkan umo embah & dapat kami berkumpul tiap tahun mcm ni, aminnn....

Nak upload gambar byk sgt, klu nk tgk klik ni :

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150351865968010.370828.791253009&type=3


Monday, August 1, 2011

Koleksi Novel Terbaru 'Bisik-bisik GELORA'

Dah lama tak layan novel cintan cinton nie... Bila tengok tajuk & nama penulisnya, terus rasa terpikat nak baca novel nie. Fauziah Ashari novelnya 'Bisik-bisik GELORA' memang tidak menghampakan, aku sangat berpuas hati baca novel nie. Siap tangkap leleh lagi huhuhu... sedih ceritanya. Novel ni takde la sehebat novel ombak rindu tapi tetap menarik kerana jalan ceritanya menyentuh hati sesiapa yang membacanya. Bagi peminat-peminat novel, cubalah baku novel nie yer... cinta, dendam, ego, kasih sayang, dan macam-macam lagi semua dalam 1 novel. Pasti korang puas hati. Selamat membaca....

Sinopsis : rujuk www.bukuprima.com.my

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun am...at nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun am...at nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?