Thursday, December 6, 2012

JPKA & JKPAK Menyerang

]
Pejam celik pejam celik dah hampir setahun aku di unit akaun ni. Macam-macam pengalaman baru yang aku belajar. Sangat berbeza dengan kerja-kerja yang aku pernah buat sebelum ni. Dah rasa macam setiausaha pun ada, hahaha... Sibuk-sibuk pun sempat lagi ambik gambar, hebatlah...
Belek punya belek terjumpa gambar-gambar sedang membuat kerja. Huru hara sekejap opis bila sampai time meeting JPKA dan JKPAK. Sama-sama bergotong royong buat kerja, emmm best kan? Unit akaun dan unit aset bergabung. Walaupun selalu bergaduh mempertahankan unit masing-masing tapi sampai waktunya kami akan bersatu sama-sama buat kerja. Sweet tak? cecewahhh...



Punya la kelam kabut buat kerja, ada satu kejadian pecah perut berlaku. Pandai tak en. fazley kita pasang paper fastener? ghahaha... orang tak pernah buat kerja-kerja pentadbiran, macam ni la jadi nye. Sama la macam aku ni, kalau tak kawan-kawan yang sangat baik hati di opis ni yang mengajarnya, haram aku tak tahu semua kerja-kerja pentadbiran ni. Maklum la dulu kerja ngadap sistem je. Kenangan terindah...


Friday, November 16, 2012

Jalan-jalan Makan Durian


Musim durian tiba lagi, jom kawan-kawan kita seranggg... Tahun ni durian memang menjadi, banyak sangat sampai tak termakan. Sedara mara pun ada yang dah datang makan. Tapi durian masih jugak banyak so apa lagi kita angkut la kawan-kawan datang makan ramai-ramai.



Cuti awal muharram kami beramai-ramai balik kampung makan durian. 14hb november 2012, lepas mahrib bersiap sedia bergerak  menuju ke kampung Chenderong Balai. Mula bertolak 8:30pm dan sampai pada pukul 10++. Sesampai je diaorang terus serang durian, pehhh hebatlah. Tapi aku dah serik makan durian sebab baru lepas baik demam, selsema & batuk (durian punya penangan laa...) Esoknya sambung makan durian lagi siap pergi kebun kutip durian. Nak jadi rezeki kawan-kawan tetiba ada pulak jiran bagi manggis 1 besen, memang bestlahh...
Ok dah penat melantak durian kita pergi jejalan cari makan pulak yer sesambil tengok bandar teluk intan. Kalau tak teluk intan ni makanan yang popular 'Mee Mastan Ghani' dan tempat yang menarik 'Menara Condong'. So bawalah diaorang pergi naik menara, bergambar-gambar kenangan kemudian balik la rumah. Pekena air kelapa segelas dua dan berangkat balik tanjung malim. Penatnyeee.... tapi besttt....


Seronok dapat melayan kawan-kawan. Terima kasih kerana sudi singgah ke "teratak embah" dan sudi makan durian yang melambak-lambak tu. Kalau korang semua tak habiskan dah tentu-tentu durian tu semua bertukar jadi tempoyak, kuang..kuang..kuang... Kalau ada kekurang di atas layanan harap di maafkan.


Terima kasih kepada farah, juma, mas, nazirah, sham dan amy. Jom layan gambar-gambar sepanjang percutian, boleh tengok dekat facebook cik NOR FARA SURIA  atau KLIK SINI yer... semoga terhibur, pisss...

Monday, November 12, 2012

Jalan-jalan Aeon Jaya Jusco Rawang


Jom... jalan-jalan cari makan bersama family. Lama tak pergi bawa anak-anak pergi jalan-jalan. Sesekali jejalan best jugak kan? Kalau kat tanjung malim ni tempat yang paling dekat nak shoping-shoping, JJ rawang la jawabnya. Mula-mula sampai terus tuju kedai POLO. Cari seluar untuk fatin sebab seluar yang di pakai macam tak sesuai je. Beli dan terus pakai kat situ jugak, gilee lah... Siap ambik gambar kat kedai tu, sebenarnya tak boleh tau. Mintak maaf yer, gambar untuk suka-suka jer, tiada maksud tersembunyi.


Bila masuk JJ tak sampai 10 minit dah nampak orang UPSI. Pehhh... memang berkampung la orang-orang upsi kat situ. Lepas sorang, sorang kitaorang jumpa. Ye la kat mana lagi  tempat menarik yang dekat selain JJ rawang ni, lagi pun ini tempat baru. Tujuan utama nak bawa anak-anak main. Habis RM30 la untuk token. Takpelah bukan selalu nak gembirakan diaorang kan, inilah masanya... Haa main-main jangan tak main... papa pun join main sama.


Lepas puas main baru terasa lapar tapi pergi solat mahrib dulu. Ok kita makan-makan pulak. Bila dah penat main baru la diaorang bersungguh nak makan, kalau tidak makan pun main-main je. Alhamdulillah diaorang nampak seronok sangat. Walaupun penat tapi puas hati dari pukul 5:30pm sampai pukul 10:30pm baru sampai rumah. 



Friday, November 9, 2012

Raya Haji 2012

26hb Oktober 2012 bersamaan dengan 1 Zulhijjah 1433 sambutan raya korban bagi semua umat islam. Tahun ni kitaorang sekeluarga sambut di kampung Chenderong Balai je. Biasalah raya haji ni takdelah meriah macam raya puasa, biasa-biasa je. Tapi yang best nya kami adik-beradik semua ada termasuk abang helmi. Tahun ni yang beraya di kampung hanya family aku, cik nik & cik mat aje...
Apa yang menariknya raya haji ni adalah, lamb chop. Best o0o0o0o sebab orang tak ramai so boleh melantak banyak. Istimewa from banting, menarik tertarik sekali. Hehe boleh ambik resepi untuk buat sendiri pasni. Lepas je korban kat rumah embah sanah terus bakar-bakar. Lepas solat jumaat sambung makan lagi, gila lahhh.... Jom makan-makan dan makan lagi.
Nak tengok gambar, KLIK SINI.

Tuesday, October 23, 2012

Sardin Masak Kicap Ala Jawa

Hujung bulan? Sardin? Sardin lagi, hehehe... Tak semestinya kan? Sebenarnya dah lama tak makan sardin tetiba tekak ni rasa teringin pulak nak makan. Sardin ni masak apa yang sedap yer? Jom kita try masak kicap ala-ala jawa gitu. Ni resepi dari emak aku. Sedap di makan dengan nasi panas-panas, yummy....


Sardin masak kicap ala jawa
1 tin ikan sardin tin kecil
ubi kentang (di potong & goreng)
bawang besar
bawang putih
halia
lada hitam (di tumbuk kasar)
cili merah
kulit kayu manis
bunga lawang
kicap manis & masin
soun (rendam dalam air)

Tumis bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, kulit kayu manis dan lada hitam. sehingga naik bau baru masukkan kicap masin dan manis dengan sedikit air. bila telah mendidih masukkan sardin bersama dengan cili merah dan kentang kemudian sebelum angkat masukkan soun. Ok sedia untuk dihidang.

Fudho'il dah tak sabar nak makan.


Malam Cinta Rasul

Persembahan live qasidah, selawat dan tazkirah...
Salah seorang tokoh qasidah yang terulung masa kini ialah Habib Syech bin Abdul Qadir Assegaf. Beliau berasal dari Indonesia dan merupakan keturunan Rasullah SAW dari keluarga Asseggaf. Beliau dilahirkan pada 20 September 1961, merupakan salah seorang putera dari 16 bersaudara dan cahaya mata kepada al-Habib Abdul Qadir bin Abdurrahman Assegaf (tokoh alim dan imam Masjid Jami' Assegaf di Pasar Kliwon Solo)
Pendidikan awal diberikan oleh guru besarnya yang sekaligus ayahanda tercinta. Gurunya itu mengajarnya mendalami ajaran agama dan menghayati akhlak serta peribadi yang mulia. Kemudian al Habib Syech mendapat pendidikan dari bapa saudara beliau al-Habib Ahmad bin Abdurrahman Assegaf yang datang dari Hadramaut, Yaman. Habib Syech juga mendapat pendidikan, sokongan dan tunjuk ajar dan perhatian dari al-Imam al-Arif billah al-Habib Muhammad Anis bin Alwiy al-Habsyi iaitu Imam Masjid Riyadh, Solo, Indonesia yang merupakan cucu al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi.

Sholatum Bissalamil Mubin

Yahanana

Malam tadi tengok persembahan Habib Syech Asseggah di dewan besar upsi, ksas, proton city. Sangat-sangat teruja, walaupun pada mulanya sangat berat hati nak pergi sebab hasutan adam & hawa, almaklum la kali pertama nak layan adam & hawa di rumah kan. Disebabkan abah yang sanggup datang jauh dari kampung dan suami beriya ajak jadi dengan berat hati aku pergi la jugak.  Lebih kurang 8.15pm kami sampai, orang pun tak berapa ramai tapi makin lama orang makin bertambah, alhamdulillah. Rasanya dalam 1000 orang ada. Yang ramai orang-orang luar, bukannya staf-staf upsi. Lebih kurang 9.00pm Habib Syech sampai, tetiba ramai orang bangun menuju ke arah beliau untuk ambil gambar dan bersalaman, ramai dan sangat ramai. Kanak-kanak yang bersalam dengan beliau akan dapat 5000 rupiah. Melompat-lompat diaorang dapat duit. Seronok bila tengok anak-anak kecil yang hafal lagu-lagu Habib Syech, aku sendiri pun tak tahu.

Orang ramai menyambut kedatangan Habib Syech Asseggaf dan mengambil kesempatan untuk bersemuka dengan lebih dekat. Ramai sangat sampaikan dia nak jalan ke pentas pun susah.


Setiap orang akan dapat bendera untuk dikibarkan sewaktu Habib Syech mengalunkan qasidahnya. Tapi fatin sibuk buat main pulak bendera tu.


Bahagian atas masih banyak kerusi yang kosong...

Yang asalnya hanya terpaksa tapi jadi sangat jatuh cinta dengan mendengar qasidah Habib Syech. Ya Allah indahnya bila mendengar alunan-alunan irama-irama memuji Allah dan Rasullah SAW, sangat tersentuh. Semoga alunan-alunan indah ini akan dapat menarik perhatian anak-anak muda yang semakin hanyut dengan nikmat dunia. Aminnn....

Thursday, October 18, 2012

Tumis Jantung Pisang


Jantung pisang... selalu menu apa yang terlintas difikiran? Biasanya rebus dan buat masak lemak cili api. Tapi kali ni aku nak buat lain sikit, nak tumis. Tumis cam biasa je macam tumis sayur tu ataupun tumis belacan pun ok jugak.


tumis biasa                                  tumis belacan                        
bawang merah                               bawang merah
bawang putih                                 bawang putih
cili besar                                        cili api
ikin bilis                                         ikan bilis 
sos tiram                                        belacan                
garam                                            garam
*bahan2 di hiris                             *bahan2 di tumbuk

Tumis bahan-bahan sehingga naik bau, kemudian masukkan jantung tumis sehingga empuk...