Selalu aku dengar kisah orang minum air daun ketum & pening-pening, mabuk-mabuk tapi aku sendiri belum pernah tengok macam mana rupanya. Tapi sekarang aku dah tengok sendiri rupa bentuk duan ketum tu.
Masa balik kampung, adik aku ada ambik daun ketum untuk buat ubat abah aku yang sakit kencing manis. Sebenarnya daun ketum ni boleh dijadikan ubat dan beri tenaga pada mereka yang berkerja berat. Cuma caranya kenalah betul. Jangan la di campur dengan bahan-bahan yang boleh menyebabkan mabuk.
Info dari adik aku katanya : orang kat kampung ni biasa minum air daun ketum. Hanya rebus daun ketum dengan air tanpa campuran apa-apa. Diminum segelas sehari sebelum pergi ke bendang atau ke kebun. Badan akan rasa lebih selesa semasa kelakukan kerja berat.
Kesimpulannya daun ketum bukanlah sesuatu yang tidak memudaratkan tapi kenalah tahu cara menggunakannya. Kalau baik niatnya betul caranya tidaklah memudaratkan diri, dah kalau awal-awal lagi berniat nak memabukkan diri maka mudaratlah jadinya.
Daun ketum
Depan
Belakang
Rebusan
No comments:
Post a Comment