Monday, April 23, 2012

Jiran Aku Gantung Diri

21hb April 2012 Sabtu, pagi yang sunyi, sejuk & damai untuk merehatkan diri di hari cuti. Suami pergi kerja jadi tinggal la aku dengan anak-anak je di rumah. Nak membuta pun tak boleh sebab budak-budak dah bangun so bermalas-malas la aku pun buat kerja rumah, mengemas & memasak bubur untuk anak-anak. Ok part anak dah settle, mandi pun sudah, makanan diaorang pun dah siap.
Lebih kurang pukul 11++ pagi, hujan dah mula berhenti. Aku mula berkira-kira nak basuh baju pastu masak nasi untuk makan tengah hari. Tiba-tiba aku dengar orang sebelah riuh rendah, aku malaslah nak ambik pot sebab tiap hari pun camtu. Tapi makin lama makin bising, aku pun jengok-jengok la sikit dari celah langsir rumah. Mula-mula sorang pastu datang lagi sorang, pastu jiran-jiran sorang demi sorang mula berkumpul, mereka semua india. Time tu aku dah mula rasa lain macam, takutnye tengok orang india berkumpul ramai-ramai. Pastu salah seorang dari mereka buat panggilan, yang aku dengar "ini rumah abang saya dan ini no telefon dia". Dalam hati aku "mungkin dia call polis atau ambulan atau bomba atau....." Kenapa? Apa terjadi? Ada orang mati ker? Siapa? Anak dia kot, biasanya aku akan dengar anak diaorang menangis tapi pagi ni sunyi jer. Tak lama lepas tu aku dengar diaorang menangis, menjerit macam orang histeria. 
Apa lagi aku pun dah tak senang duduk, dengan pantas aku telefon suami suruh ambik. Capai barang mana yang patut je. Suami sampai je aku terus keluar bawa anak-anak keluar dari rumah. Semasa keluar rumah aku sempat la jugak menjeling sebelah rumah, ada ambulan dan saudara mara dia. Tapi aku tak nampak langsung kelibat rijan aku ni. Suami, isteri dan 2 anak lelaki & perempuan diaorang, semuanya aku tak nampak. Takpelah walauapapun terjadi yang penting kitaorang anak-beranak selamat. Menumpanglah kami 3 beranak di rumah kakak ipar di taman malim. Suami terus pergi sambung kerja. 
Lebih kurang 1 jam kemudian aku telefon suami, dan aku terima berita yang sangat mengejutkan. Iaitu jiran aku, isterinya gantung diri kat kipas guna sari di bilik tengah. Masya'allah... mengucap panjang aku, rasa macam melayang-layang je bila dengar berita tu. Baru 2 hari lepas aku bersembang dengan dia, nampak elok jer.
Berita dari suami : "Pergi tengok sebab kawan abang tu polis yang uruskan kes ni, dia ajak masuk. Mula-mula tak berani tapi dia cakap takde apa-apa dia bunuh diri kelar tangan je. Jadi abang masuk la tengok, masuk-masuk mengigil kaki tangan bila tengok mayat masih lagi tergantung dengan lidah berjelir panjang kemudian bau kencing dan taik yang busuk. Kawan abang bagitahu keterangan suami mangsa : (Minta isteri buatkan susu anak tapi dia marah-marah dan terus masuk bilik tak keluar-keluar. Jadi saya dan anak-anak tidur di ruang tamu. Pukul 10 pagi nak kejutkan isteri sebab anak dah menangis-nangis nak susu, ketuk pintu tapi tak buka-buka.Jadi saya terpaksa pecahkan pintu bilik. Dan saya nampak dia tergantung tidak bernyawa lagi). Kemungkinan dia gantung diri dari malam tadi lagi.
Agaknya kenapa dia sanggup buat keputusan macam tu? Ada pendapat aku, kalau dia berfikiran waras mungkin perkara tu tak berlaku, aku rasa dia meroyan. Dia baru melahirkan anak ke 2 secara operation. Rasanya belum pun sampai umur 3 bulan baby tu. Tapi aku selalu tengok dia buat kerja berat, basuh lantai, angkat air dalam baldi, cuci kain dengan tangan. Sangat lasak.
Dari situlah bermulanya kehidupan kami yang terpaksa menumpang di rumah saudara mara terdekat. Memula cadang nak duduk rumah kakak ipar tapi aku segan la sebab ada abang ipar dan adik ipar yang duduk kat situ jugak. Jadi aku ambik keputusan untuk duduk rumah makcik aku di taman bernam. Sebelum tu singgah ambik baju dan barang keperluan. Sampai depan rumah jiran aku dah pasang khemah dan ramai sangat orang datang ziarah. Malam kedua diaorang tabur abu mayat depan rumah dan ada sami datang bersihkan tempat supaya tidak berlaku perkara-perkara buruk.
Ya... Allah semoga semuanya berlalu dengan selamat, amin.


No comments:

Post a Comment