Thursday, April 12, 2012

Kuih Tepung Gomak @ Abuk-abuk

Tetiba rasa teringin sangat nak makan kuih tepung gomak, setengah orang panggil kuih ni abuk-abuk. Selalu aku beli je RM1 dapat 3 ketul. Belek punya belek rasa cam boleh je buat kuih ni. So dengan gagah berani aku mencuba buat kuih ni, alhamdulillah jadi. Takdelah susah mana pun, lebih kurang macam buat kuih melaka je.
Sekarang ni bukannya susah nak cari resepi, semuanya di hujung jari je. Search je internet tu pasti jumpa. Ok mari kita cuba.

tepung pulut, tepung kacang hijau, inti kepala & air

kelapa parut + gula pasir & gula melaka = inti kelapa

tepung pulut + air + garam + pewarna hijau

masukkan inti kedalam doh

doh yang telah siap berinti
rebus air bila sudah mendidih masuk doh, biarkan sehingga doh timbul
doh yang telah masak di letakkan pada tepung kacang hijau

gaul doh bersama dengan tepung kacang hijau

hasilnya yang dipersembahkan


No comments:

Post a Comment