14 Oktober 2012 - Pagi yang agak suram sebab baru lepas hantar ayah pergi haji. Aku pun tak mengharapkan apa-apa, tentu suami rasa sedih lepas hantar ayah pergi haji. Tapi hari ni mak, abah, embah bersama adik dengan family dia pun nak datang jugak. Ada jugak saudara dari indonesia dan kawannya dari johor datang sekali. Lepas tu jemput cik nik anak beranak datang makan sesama. Terasa meriah la jugak bila ramai orang datang rumah walaupun tanpa jamuan atau kek untuk sambut besday. Suami aku macam biasalah sabtu ahad tetap pergi kerja, lepas hantar ayah dia terus je pergi kerja. Aku jelah yang di rumah melayan anak-anak dan para tamu, seronok....
Makan-makan bersama sanak sedara
Petang time aku ambik suami balik kerja tetiba suami bagi hadiah, wauuu... besar gile hadiah tu, bestnye.... Sebenarnya aku pernah la cakap teringin sangat nak cik ted macam ain cerita adam & hawa. Nampaknya angan-angan jadi kenyataan, ghahaha... Time dapat tu rasa macam mimpi pun ada, seronok sangat-sangat, macam di awang-awangan je, khihihi...
Kad ucapan hari lahir ku
Bila dah dapat bear besar camtu memang berebutlah dengan anak-anak. Fatin tak puas hati, macam-macam soalan ditanyanya. Dengan muka masam "kenapa tak belikan fatin? kenapa belikan mama? fatin punya mana?...bla..bla...bla.." Terkedu la sekejap papa. Lastnya aku pujuk cakap, cik ted ni kita kongsi sama-sama yer, baru dia ok. Nasib baik adik belum tahu apa-apa, sesekali je dia nak main dengan cik ted.
'Cik Ted' kongsi bersama
Terima kasih kepada cik suami tercinta kerana memenuhi angan-angan. Semua ni penangan adam & hawa. 29 September 2012 besday suami tapi aku takde la hadiah yang istimewa cuma bunga dan sebuah buku sahaja. Itu semua tak penting yang penting kasih sayang, aminnn....
Hadiah hari jadi untuk suami
No comments:
Post a Comment