Tuesday, October 23, 2012

Malam Cinta Rasul

Persembahan live qasidah, selawat dan tazkirah...
Salah seorang tokoh qasidah yang terulung masa kini ialah Habib Syech bin Abdul Qadir Assegaf. Beliau berasal dari Indonesia dan merupakan keturunan Rasullah SAW dari keluarga Asseggaf. Beliau dilahirkan pada 20 September 1961, merupakan salah seorang putera dari 16 bersaudara dan cahaya mata kepada al-Habib Abdul Qadir bin Abdurrahman Assegaf (tokoh alim dan imam Masjid Jami' Assegaf di Pasar Kliwon Solo)
Pendidikan awal diberikan oleh guru besarnya yang sekaligus ayahanda tercinta. Gurunya itu mengajarnya mendalami ajaran agama dan menghayati akhlak serta peribadi yang mulia. Kemudian al Habib Syech mendapat pendidikan dari bapa saudara beliau al-Habib Ahmad bin Abdurrahman Assegaf yang datang dari Hadramaut, Yaman. Habib Syech juga mendapat pendidikan, sokongan dan tunjuk ajar dan perhatian dari al-Imam al-Arif billah al-Habib Muhammad Anis bin Alwiy al-Habsyi iaitu Imam Masjid Riyadh, Solo, Indonesia yang merupakan cucu al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi.

Sholatum Bissalamil Mubin

Yahanana

Malam tadi tengok persembahan Habib Syech Asseggah di dewan besar upsi, ksas, proton city. Sangat-sangat teruja, walaupun pada mulanya sangat berat hati nak pergi sebab hasutan adam & hawa, almaklum la kali pertama nak layan adam & hawa di rumah kan. Disebabkan abah yang sanggup datang jauh dari kampung dan suami beriya ajak jadi dengan berat hati aku pergi la jugak.  Lebih kurang 8.15pm kami sampai, orang pun tak berapa ramai tapi makin lama orang makin bertambah, alhamdulillah. Rasanya dalam 1000 orang ada. Yang ramai orang-orang luar, bukannya staf-staf upsi. Lebih kurang 9.00pm Habib Syech sampai, tetiba ramai orang bangun menuju ke arah beliau untuk ambil gambar dan bersalaman, ramai dan sangat ramai. Kanak-kanak yang bersalam dengan beliau akan dapat 5000 rupiah. Melompat-lompat diaorang dapat duit. Seronok bila tengok anak-anak kecil yang hafal lagu-lagu Habib Syech, aku sendiri pun tak tahu.

Orang ramai menyambut kedatangan Habib Syech Asseggaf dan mengambil kesempatan untuk bersemuka dengan lebih dekat. Ramai sangat sampaikan dia nak jalan ke pentas pun susah.


Setiap orang akan dapat bendera untuk dikibarkan sewaktu Habib Syech mengalunkan qasidahnya. Tapi fatin sibuk buat main pulak bendera tu.


Bahagian atas masih banyak kerusi yang kosong...

Yang asalnya hanya terpaksa tapi jadi sangat jatuh cinta dengan mendengar qasidah Habib Syech. Ya Allah indahnya bila mendengar alunan-alunan irama-irama memuji Allah dan Rasullah SAW, sangat tersentuh. Semoga alunan-alunan indah ini akan dapat menarik perhatian anak-anak muda yang semakin hanyut dengan nikmat dunia. Aminnn....

No comments:

Post a Comment