Wednesday, October 3, 2012

Demam Adam & Hawa


Lamanya aku tak menulis blog. Tapi tetiba rasa nak tulis sebab sekarang tengah demam drama adam & hawa. Aku ni tak boleh kalau tengok cerita jiwang2 cam ni, mula la rasa terawang-awang je, ghahaha... Malangnya kat rumah takde la pulak astro beyond tapi yang penting ada internet so bolehlah aku download. Terima kasihlah kepada sesiapa yang sudi berkongsi yerr..
Kalau Ain Hawani ada Cik Ted, aku pun ada jugak, hehehe... Korang ada??? Dapat masa beli buku di pesta buku PWTC 2006. Dapat dari penulisnya lagi, eemmm... best sangat... Tapi Cik Ted ni kecik je, tak la sebesar yang Ain dapat dari Adam.

Novel Adam & Hawa bersama Cik Ted

Tanda tangan dari penulis Aisha Sofea di pesta buku PWTC 2006

Sinopsis : rujuk www.alaf21.com.my

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. 
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. 
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Video lagu malaysia, indonesia yang menghiasi drama adam & hawa, jom layan...






No comments:

Post a Comment