Tuesday, October 16, 2012

Ayah Pergi Haji


Seawal 3 pagi aku dah bangun untuk bersiap-siap menghantar ayah mentua pergi haji. Janji pukul 4 pagi tapi biasalah bila dah janji ramai-ramai dan ada budak-budak akan jadi lambatlah jugak. Akhirnya lebih kurang 4.50 pagi kami bergerak bersama-sama ke komplek tabung haji kelana jaya. Sebelum bertolak Ayoi azan, daripada situ dah mula rasa sayu. Mak mertua aku dah beberapa hari bersedih sebab mengenangkan ayah terpaksa mengharungi haji seorang diri. Alhamdulillah lebih kurang 6 pagi kami sampai. Alamak, mak dah mula menangis lagi. Aku tak boleh tengok klu camni mula la rasa nak nangis jugak huhuhu.... Semoga mak kuat mengharungi ujian Allah ini.
3 kereta kami hantar ayah. Maksu & intan dari penang pun datang untuk hantar sekali. Anak-anak ayah semua ada kecuali idoih, eji dan rubi sebab diaorang pun tak ada kat sini mereka diperantauan. Barang-barang keperluan ayah disiapkan oleh siti dan mak, yang penting adalah ubat-ubat ayah. Nampaknya semua dah lengkap semoga tiada benda-benda penting yang tertinggal.
Di pagi hari jadi ku suasana begitu sayu melepaskan ayah untuk pergi menunaikan haji seorang diri. Kami semua mendoakan semoga ayah dapat menyempurnakan ibadah hajinya dan kembali ke tanah air dengan selamat, aminnn...
menyiapkan ayah pakai ihram

bebudak asyik bermain sementara tunggu tok wan

menyiapkan barang-barang keperluan ayah & cek untuk kali terakhir sebelum bertolak

ok... bersedia untuk bertolak

Monday, October 15, 2012

Fatin Bersukan

Muka semangat nak bersukan

29 September 2012 - Bangun pagi fatin begitu bersemangat nak bersukan, bangun pagi ni tak menangis, terus je mandi dan bersiap-siap. Semangat sukan dan semangat sebab dapat baju baru untuk sukan. Cantik wane kuning ada gambar lebah lagi, sweet sangat. Mama fatin pun bersemangat jugak sebab pertama kali anak nak masuk sukan. Kitaorang pergi 3 beranak je sebab papa kerja pukul 7 pagi dah keluar, jadi mintak tolong kakak ipar hantarkan.

Kumpulan fatin dapat tempat pertama acara bawa belon berisi air

Fatin bersama hadiahnya

Sampai je kat padang semangat fatin dah mula goyang sebab tengok orang ramai sangat. Alamak... fatin dah mula buat hal tapi adik ok je, seronok nak berlari ke padang.  Mula-mula acara aerobik fatin tak join siap nangis-nangis lagi. Time tu rasa nak balik pun ada. Tapi sabar-sabar, aku pujuk fatin pelan-pelan, mengunung janji aku tabur kan, ghahaha... "nanti mama belikan... bla...bla..bla..." Lastnya fatin nak jugak main. Nasib baik la 2 acara permainan je iaitu kerusi berirama dan bawa belon berisi air. Kerusi berirama fatin orang ke 4 yang terkeluar tapi untuk bawa belon berisi air kumpulan fatin menang. Sebenarnya hadiah diaorang semuanya sama je, saja seronok2

Fatin & Fudho'il seronok bermain di padang upsi


Tuesday, October 9, 2012

Pulut Jagung



Bila tengok jagung tetiba teringin pulak nak makan pulut jagung. Cam mana nak buat yer? Ada ker makanan pulut jagung nie? Sebenarnya lemang jagung ada la, tapi pulut jagung ni tak pasti la ada ke tak. Mari kita cuba yer, alang-alang dah ada jagung apa salahnya mencuba.

4 mangkuk beras pulut
2 mangkuk santan pekat
2 mangkuk air
1 mangkuk jagung manis
1 sudu kecil garam

** masukkan semua bahan dalam periuk, masak hingga kering baru kukus. 

Friday, October 5, 2012

Hari Patriotik 2012


27 September 2012 sambutan hari patriotik di UPSI. Seperti biasalah pastinya ada perbarisan. Kebanyakan staf bendahari akan terlibat tapi aku terkecuali sebab kena jaga kaunter, huhuu... Mula-mula rasa best lah sebab tak perlu nak berpanas di tengah padang tu tapiii tak best la bila kena duduk sorang-sorang dalam ofis kat kaunter pulak, sedih tau. 
Untuk perbarisan ada baju baru, baju koprat warna merah lagi you, menarik tertarik lahh... Gila pakai baju cantik-cantik pastu duduk kat opis je, tak best...tak best...tak best... Aku nak join kawad jugak, tak kira nak jugak. Dan akhirnya aku pun turutlah sama berkawad dengan kawan-kawan seperjuangan.
Kalah dalam tangan tapi kalau menang kira bonus lah. Siapa taknak menang kan? semua orang nak menang. Tapi kitaorang ni masuk buat syarat je. Sepanjang 11 tahun bekerja baru tahun lepas jabatan bendahari UPSI ni menang. Yang pastinya kitaorang menang acara bergambar, ghahaha....Nak tengok gambar KLIK SINI




Gambar bersama suami
Jabatan Bendahari vs Hal Ehwal Akademik

Wednesday, October 3, 2012

Demam Adam & Hawa


Lamanya aku tak menulis blog. Tapi tetiba rasa nak tulis sebab sekarang tengah demam drama adam & hawa. Aku ni tak boleh kalau tengok cerita jiwang2 cam ni, mula la rasa terawang-awang je, ghahaha... Malangnya kat rumah takde la pulak astro beyond tapi yang penting ada internet so bolehlah aku download. Terima kasihlah kepada sesiapa yang sudi berkongsi yerr..
Kalau Ain Hawani ada Cik Ted, aku pun ada jugak, hehehe... Korang ada??? Dapat masa beli buku di pesta buku PWTC 2006. Dapat dari penulisnya lagi, eemmm... best sangat... Tapi Cik Ted ni kecik je, tak la sebesar yang Ain dapat dari Adam.

Novel Adam & Hawa bersama Cik Ted

Tanda tangan dari penulis Aisha Sofea di pesta buku PWTC 2006

Sinopsis : rujuk www.alaf21.com.my

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. 
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. 
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Video lagu malaysia, indonesia yang menghiasi drama adam & hawa, jom layan...






Monday, September 24, 2012

Baju Oh Baju

Aku ada masalah yang boleh dikatakan besar la jugak, iaitu baju. Baju oh baju kat mana lagi aku nak simpan baju yang dah tak pakai ni? Bukannya belagak taknak pakai baju lama tapi dah terlalu lama. Baju tingkatan 5 pun masih ada lagi. Baju-baju tu pun masih elok lagi, cuma aku je yang dah tak lalu nak pakai, dah lama sangat.


Baju-baju yang dah dipilih untuk disimpan. Ada baju kurung, kurung pahang dan kebaya tapi semuanya hanyalah sais S dan M sahaja.Tapi aku suka pakai baju yang longgar dan lebih besar, mungkin orang yang bersaiz L pun boleh pakai kot.
Jalan penyelesaian untuk sementara, aku lipat dan simpan dalam beg elok-elok. Kalau ada sesiapa yang nak nanti aku sedekah jelah. Agak-agak kalau bagi kat bandel diaorang nak tak? Bukan nak jual tapi nak bagi je... huhuhu... boleh ker camtu?


Kat mana la agaknya aku nak campak baju-baju ni yer? Niat hati nak dermakan kat rumah anak-anak yatim tapi tak tahu kat mana? Kalau nak di bakar tak sampai hati la pulak, huhuhu.... macam mana nie???

Saturday, June 30, 2012

Besday Fuhdo'il & Embah Yot

Birthday Boy

Hari tu sambut besday fatin, sekarang sambut besday fudho'il yang pertama. Besday fudho'il dan embah yot beza sehari je. Fudho'il 28hb jun dan embah yot 29hb Jun. Selain embah yot, tok wan dan kak ngah fiqah pun sambut birthday pada tarikh yang sama iaitu 28hb Jun. 
28hb Jun 2012 tahun ni jatuh pada hari khamis. Jadi kitaorang sambut awal sebab kebetulan berada di kampung, so bolehlah sambut bersama-sama dengan embah yot. Dan pastinya lebih meriah. Kebetulan pulak  cik nik bersama-sama anaknya dan ipin ada sekali, bertambah-tambahlah meriah majlis hari jadi yang kecil itu. Barulah embah rasa seronok, mesti embah tak pernah sambut hari jadi kan? 
Sebenarnya tarikh lahir embah dalam ic tu tak pasti sama ada sama dengan tarikh lahir embah yang betul. Maklumlah dulu-dulu mana ada ic. Tapi takpelah yang penting happy...

Kek untuk Fudho'il & Embah Yot

Menu tambahan sate, bihun sup & biskut batik


Orang-orang yang memeriahkan majlis, lily pun ada.